Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suara (kata nama)
1. Bersinonim dengan bunyi: nada, sora,

2. Bersinonim dengan ucapan: perkataan, percakapan, kalimah, tutur,

Kata Terbitan : bersuara, menyuarakan,

Peribahasa

Seperti bunyi gung pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak sedap didengar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUARA

Suara. Hampir semua haiwan mempunyai suara.

Beberapa jenis haiwan seperti zirafah, jarang

menggunakan suara tetapi kebanyakan haiwan

peringkat tinggi boleh menyalak, memekik,

melolong, mengerang, berkicau atau membuat

bunyi lain. Banyak haiwan menggunakan suara

untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Burung

boleh menggunakan suara untuk melagukan muzik.

Anjing boleh menyatakan perasaan tertentu

menggunakan suara misalnya mengeluh ketika

meminta makanan atau ketika berasa bersalah,

melolong apabila marah dan menyalak kesukaan.

UMUM 
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
MEGAFON

Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai

ganti megafon.

UMUM 
MIKROFON

Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar

bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini

bergerak dengan segera melalui wayar atau

gelombang radio kepada penerima yang

disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat

lain yang menukarkannya semula kepada bunyi.

Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga

digunakan untuk merakam bunyi.

UMUM 
MUZIK ELEKTRONIK

Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya

dihasilkan secara elektronik. Para penggubah

menggunakan peralatan elektronik untuk

mengeluarkan bunyi yang mempunyai

kelantangan, nada, irama dan alunan yang

dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam

pita bermagnet atau cakera komputer untuk

menghasilkan satu gubahan muzik dan

memainkan semula muzik tersebut dengan

menggunakan perakam pita yang dilengkapkan

dengan pembesar suara.

UMUM 
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM 

Kembali ke atas