Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. | Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langkas buah papaya. | Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ara tak bergetah. | Suatu perkara yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kapal satu nakhoda dua. | Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. | Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah bertarah, berdongkol pula. | Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selama capung cebok. | Sebentar saja; suatu perbuatan yang lekas sekali selesainya. (Biasa juga: Selama sepatung mandi). capung = sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai di kayangan. | Merasa senang pada suatu tempat yang indah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kain kasa di atas duri. | Suatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |