Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.bu.da.ya] | سوببودايا

Definisi : amalan, cara hidup, sikap dsb se­kumpulan orang yg berbeza drpd masyarakat seluruhnya: pelajar Melayu yg baru tinggal dlm masyarakat Indonesia sudah tentu mengalami masalah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.bu.da.ya] | سوببودايا

Definisi : amalan, cara hidup dsb sekumpulan orang, yg berbeza drpd amalan atau cara hidup masyarakat keseluruhannya: Mereka mengalami masalah ~ setelah hidup dan bergaul dgn masyarakat di negara yg luas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subbudaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communalperkaumanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman.
subculturesubbudayaGeografiTiadaTiada
subculturesubbudayaKependudukanTiadaTiada
subculturesubbudayaPentadbiranTiadaNilai atau cara hidup sesuatu kumpulan pekerja atau orang ramai yang mendorong kepada pebdapar dan sikap yang berlainan daripada budaya am sesebuah masyarakat atau negeri tempat mereka tinggal.
delinquent subculturesubbudaya delinkuenPendidikanTiadaTiada
nonconformist sub-culturesubbudaya non-konformisPendidikanTiadaTiada
identity crisiskrisis identitiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut.
rock punkrock punkMuzikTiada

 Muzik rock yang wujud di Liverpool, England pada tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Lirik lagunya tentang kemerosotan ekonomi dan masalah belia terhadap masyarakat individualisme. Kumpulan rock punk merupakan satu subbudaya yang mengutamakan nilai yang dilarang oleh masyarakat dominan seperti pakaian yang luar biasa, gaya rambut yang berwarna-warni dan tercacak. Muzik punk diiringi gitar elektrik dan dram yang menghasilkan melodi dan rentak yang kuat dan disertai jeritan penyanyi. Contoh kumpulan punk ialah The Stranglers, The Clash dan The Damned.

heavy metal rockrock heavy metalMuzikTiada

 Rock yang menggabungkan alat muzik dram dan gitar bes elektrik yang dimainkan dengan kuat. Penyanyinya pula menggunakan suara vokal yang tegang. Kumpulan heavy metal dan peminatnya merupakan satu subbudaya yang menonjolkan gaya hidup, pakaian, rambut dan bahasa tersendiri. Contoh kumpulan yang memainkan muzik heavy metal di Malaysia ialah Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers dan Wings.


Kembali ke atas