Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.jék] | سوبجيک

Definisi : (subjék) 1. pokok perbincangan, perkara, tajuk; 2. (Lin) pokok kalimat, perkara (dlm ayat dll); 3. mata pelajaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.jék] | سوبجيک

Definisi : /subjék/ 1 sesuatu yg diceritakan dll; perkara: Apa ~ yg akan dibincangkan oleh mereka nanti? 2 ist kata atau kata-kata yg merupakan perkara atau hal yg diceritakan dlm sesuatu ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subjek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perkara, hal, tajuk, judul, pokok, isu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ?Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek.Tatabahasa28.02.2012
Berdasarkan ayat di atas merupakan subjek iaitu unsur subjek dan unsure prediket. Petani itu menanam sayur.

Petani itu = subjek

menanam sayur = predikat

Tatabahasa13.03.2010
Salam sejahtera, di sini saya ingin menyuarakan satu ketidakpuashatian terhadap Laman DBP. Saya hanya seorang pelajar yang berumur 14 tahun, namun saya amat cinta terhadap bidang bahasa dan sastera. Walaubagaimanapun, saya bersekolah di sekolah mubaligh yang sudah semestinya mengguna bahasa Inggeris apabila berkomunikasi kecuali dalam subjek-subjek tertentu. Pelbagai program yang dianjurkan di sekolah berkait rapat dengan bahasa Inggeris. Justeru, saya amat berbesar hati apabila mendengar tentang Rakan Dewan yang dijalankan oleh pihak DBP. Sayangnya, ia memerlukan ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Saya juga mempunyai cita-cita setinggi langit untuk menjadi ahli sasterawan yang berjaya dan bergaul serta dapat berbincang dengan karyawan, sasterawan dan cendekiawan yang hebat-hebatbelaka seperti Usman Awang. Harap pihak DBP dapat mendengar keluhan saya. Saya juga ingin bertanya mengapakah ahli Rakan Dewan mesti berumur 18 tahun ke atas?Tahniah atas minat dan kecintaan saudara terhadap bahasa kebangsaan kita. Begitulah sepatutnya jati diri yang perlu ada pada setiap warga Malaysia. Tentang keahlian Rakan Dewan, ada baiknya suadara bertanya terus kepada bahagian yang berwenang, iaitu Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel pertanyaan kepada Ketua PDM, Puan Kamriah binti Abu Samah, kamariah@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
Subjek : Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cadangan Perkataan Baru dalam Ensiklopedia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx); Kepilan : 130328MALDEWANBAHASAMALAYMEDICALTERMFROMENGLISH.xls; Mesej : Merujuk kepada kepilan, saya ingin menghantar istilah baru yang boleh ditambahkan ke dalam senarai kamus di atas laman web supaya sesiapa pun boleh merujuk secara percuma apabila diperlukan. Sekian, terima kasih. (Yang benar, Kang Chuen Tat; Web : http://kangchuentat.wordpress.com; SMS : +61405421706; Alamat: PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; E-mel : chuentat@hotmail.com; Kotak komen: www.kangchuentat.webs.com; Media sosial : http://twitter.com/kangchuentat)Kami mengambil maklum cadangan tuan mengenai istilah baharu tersebut. Sila lampirkan semula lampiran dalam fail berbentuk Microsoft Word kerana fail yang tuan lampirkan tidak dapat dibuka.Lain-lain27.07.2013
Sungguh sukar, soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya. Cerakinkan ayat tersebut kepada subjek dan predikat. Adakah guru saya (subjek) menyediakan soalan peperiksaan yang sungguh sukar itu (predikat)? Mohon jelaskan kenapa...Subjek ialah perkara yang hendak diceritakan. Predikat ialah penerangan kepada subjek itu. Dalam ayat:Sungguh sukar, soalah peperiksaan yang disediakan oleh guru saya, subjek atau perkara yang hendak diceritakan ialah "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya", manakala "sungguh sukar" ialah penerangan atau cerita kepada "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya" itu.Lain-lain08.09.2014
Apakah maksud predikat?

Saudara Muhd. Amar,

Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.06.2010
apakah subjek bagi ayat Tanya berikut : Siapakah nama adik Saleha? subjek : nama adik Saleha predikat : siapa atau subjek dan predikatnya lain daripada yang dinyatakan ? sila jelaskan terima kasih

Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki unsur predikat, Nama adik Saleha(Subjek)+ siapa(predikat)?

Ayat tersebut lazimnya mengalami proses pendepanan predikat untuk menghasilkan ayat tanya, Siapakah nama adik Saleha?

Tatabahasa13.08.2014
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini.Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan “seniman” yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik.Lain-lain28.11.2015
Bolehkah kata kerja terletak di awal ayat, Contoh: Mengambil makanan seimbang dapat menjamin kesihatan kita. Cikgu saya cakap ayat ini salah kerana kata kerja tidak boleh letak di awal ayat, yang betul ialah Pengambilan makanan..... Tetapi saya rasa dua dua pun betul, boleh admin beritahu mana yang betul dan berikan alasannya. Ribuan terima kasih.Binaan ayat yang betul mesti mengandungi Subjek + Predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Subjek terdiri daripada frasa nama. Walau bagaimanapun, terdapat sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contoh dalam ayat: Melukis menjadi kegemarannya.Tatabahasa30.09.2020
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....?Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-.
Contoh:
Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa).
Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa)

Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut.
Tatabahasa16.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas