Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.ke.las] | سوبکلس

Definisi : bahagian (pecahan) kecil drpd kelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subkelas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud kata adverbaKata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa29.01.2014
1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional?1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.  2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif.Lain-lain09.09.2008
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama?Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa19.10.2012
Saya difahamkan bahawa kata adverba telah diguna pakai dan telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan yang baharu? Adakah benar? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penjelasan tentang kata adverba ini dalam waktu yang singkat ini? terima kasihKata adverba telah dimasukkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 289) sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.  Saudari perlu merujuk buku  ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana keterangannya memerlukan huraian dan contoh untuk lebih mudah difahami.Tatabahasa24.02.2009
Mengapakah Tatabahasa Dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? Kata 'misalan' mempunyai berapa morfem? Terima kasih.Dalam ruangan Kata Pengantar buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, "Dalam Edisi ini terdapat beberapa beberapa perubahan dan tambahan kepada edisi yang lama. Hal ini berlaku demikian kerana pihak penulis telah mengambil kira pandangan dan maklum balas pakar bahasa Melayu dan penggunan Tatabahasa Dewan. Dalam edisi ini, penulis telah menambah dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kata tugas". Jelas di sini tidak ada perubahan dalam golongan kata utama dan panel buku Tatabahasa Dewan bersetuju menambah subkelas kata tugas.Tatabahasa28.09.2012
Bolehberikan contoh kata adverba yang menerangkan kata nama dan frasa nama? Keempat-empat kata adverba yang saya belajar secara spesifik tiada menyentuh kata adverba yang menerangkan kata nama atau frasa nama. Terima kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Contoh ayat:

Hari jadinya ialah hari esok.

Dalam ayat di atas, kata adverba "esok" hadir sesudah kata nama "hari".
Tatabahasa21.01.2016
Saya mempunyai kekeliruan tentang adverba. Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada disebutkan tentang adverba. Adakah adverba wujud dalam Bahasa Melayu. Terdapat berita mengatakan adverba akan dibincangkan pada edisi buku seterusnya. Saya perlukan sedikit penjelasan. Terima Kasih.Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama,dan frasa sendi nama dari segi cara,masadan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa02.04.2008
assalamualaikum, saya ingin bertanya... apakah konsep kata adverba?

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara ,masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289 untuk keterangan lanjut. Kata adverb dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.

Lain-lain15.07.2018

Kembali ke atas