Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.ru.tin] | سوبروتين

Definisi : (Komp) bahagian atur cara yg disimpan hanya sekali dan boleh digunakan oleh atur cara, apabila perlu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subrutin


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keluar tertangguh(deferred exit)Pindahan kawalan daripada atur cara utama atau subrutin kepada subrutin pada masa yang ditentukan oleh peristiwa tak segerak, bukan pada masa yang ditetapkan.Kamus Komputer
ralat panggil(call error)Ralat yang berlaku apabila subrutin tidak berjaya dipanggil, mungkin kerana terlalu banyak subrutin telah dipanggil atau subrutin yang dipanggil tidak wujud.Kamus Komputer
subrutin(subroutine)Rutin yang merupakan sebahagian daripada rutin lain. Subrutin boleh digunakan untuk melaksanakan tugas tertentu bagi banyak rutin lain dan boleh dibezakan daripada rutin utama. Oleh itu, subrutin memerlukan kedudukan yang menentukan ke mana subrutin harus kembali ke atur cara utama selepas melakukan sesuatu fungsi.Kamus Komputer
subrutin(Komp) bahagian atur cara yg disimpan hanya sekali dan boleh digunakan oleh atur cara, apabila perlu.Kamus Dewan Edisi Keempat
subrutin dinamik(dynamic subroutine)Subrutin atau atur cara yang dijana atau yang diubahsuai oleh komputer mengikut keperluan pemprosesan semasa.Kamus Komputer
himpun(assemble)1. Proses mengumpul data dan subrutin yang diperlukan oleh sebuah atur cara, menukarkan data tersebut kepada bahasa pengaturcaraan, menggabungkan semua subrutin dan kemudian menyalurkan data tersebut kepada komputer untuk pemprosesan. 2. Proses menterjemah kod dalam bahasa simbolik kepada kod mesin yang setara.Kamus Komputer
suruhan kembali(return instruction)Suruhan yang digunakan pada akhir subrutin untuk mengarahkan pemproses kembali semula ke titik pemprosesan yang ditinggalkan ketika menyambut subrutin.Kamus Komputer
entri tertangguh(deferred entry)Masukan tertangguh sesuatu proses ke dalam subrutin kerana terpaksa menunggu kawalan dipindahkan dari atur cara utama atau subrutin lain apabila peristiwa tak segerak yang ditunggu tiba.Kamus Komputer
jujukan panggil(calling sequence)1. Urutan suruhan dan data yang digunakan untuk mengalihkan kawalan sistem kepada subrutin dan kemudian mengembalikan kawalan dan taraf sistem kepada rutin utama selepas subrutin selesai. 2. Peraturan dan protokol yang perlu diikuti oleh modem untuk memanggil pengkalan komputer yang lain.Kamus Komputer
subatur cara(subprogram)Lihat subrutin.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas