Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.si.di] | سوبسيدي

Definisi : bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah pd masa itu; bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn tambang yg ~; mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg mem­berikan subsidi, pemberi subsidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.si.di] | سوبسيدي

Definisi : wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan dll. bersubsidi mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. mensubsidi 1 memberikan subsidi supaya harga sesuatu lebih rendah: Kerajaan ~ harga minyak. 2 membantu dgn memberikan subsidi: Pihak Kementerian ~ projek pertanian itu. pensubsidi orang atau pihak yg memberikan subsidi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subsidi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan subsidi menurut DBP?Subsidi ialah bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, dan lain-lain). Saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=subsidi untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain12.07.2022
Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih!Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah  menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'.Tatabahasa03.10.2008
Tuan, Jawapan manakah di bawah adalah betul (atau kedua-dua jawapan juga betul). 1. ____________________ harga minyak dalam pasaran dunia menyebabkan kerajaan telah mengurangkan subsidi bahan bakar tersebut. a) Kenaikan b) Peningkatan 2. Pergerakan Hafiz dalam pertandingan badminton itu kelihatan _______________ kerana dia semakin mahir dalam sukan tersebut. a) lincah b) tangkas Terima kasih. Cik OngSekiranya merujuk makna dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, jawapan untuk soalan satu ialah "Kenaikan" dan jawapan bagi soalan dua, kedua-duanya boleh diterima.Lain-lain23.04.2018
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih.
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan.

Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut:
1. RM2000 - RM2800
2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif
3. HANTARKAN XXX MELALUI:
4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN
5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA
6. CUTI TAHUNAN
7. ELAUN SYIF
8. SUBSIDI KANTIN

Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan.
Lain-lain19.10.2021

Kembali ke atas