Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.si.di] | سوبسيدي

Definisi : bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah pd masa itu; bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn tambang yg ~; mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg mem­berikan subsidi, pemberi subsidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sub.si.di] | سوبسيدي

Definisi : wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan dll. bersubsidi mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. mensubsidi 1 memberikan subsidi supaya harga sesuatu lebih rendah: Kerajaan ~ harga minyak. 2 membantu dgn memberikan subsidi: Pihak Kementerian ~ projek pertanian itu. pensubsidi orang atau pihak yg memberikan subsidi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subsidi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
actionable subsidiessubsidi boleh diambil tindakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBantuan yang diberikan kerajaan kepada pengeluar tempatan, sama ada syarikat atau industri, selain daripada subsidi dilarang dan subsidi tidak boleh diambil tindakan. Subsidi boleh diambil tindakan timbul jika terdapat bukti subsidi tersebut merugikan industri tempatan negara lain, mengurangkan manfaat yang didapati oleh negara lain daripada penurunan tarif negara pemberi subsidi atau mendatangkan kemudaratan serius kepada kepentingan negara lain. Contohnya, kerajaan negara X memberikan lembu susu percuma kepada pengeluar susu tertentu di Negara tersebut. Jika susu itu dieksport ke negara Y pada harga yang tidak dapat disaingi oleh pengeluar negara Y, bantuan lembu susu tersebut boleh dianggap sebagai subsidi boleh diambil tindakan.
agreement on subsidies and countervailing measuresperjanjian subsidi dan langkah timbal balasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang mengawal penggunaan langkah kontra terhadap subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan supaya dapat bersaing dalam pasaran. Perjanjian ini menggariskan peraturan tertentu yang mengkategorikan subsidi kepada subsidi yang terlarang, subsidi yang tidak boleh diambil tindakan dan subsidi yang boleh diambil tindakan. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
code of subsidieskod subsidiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menetapkan peraturan pelbagai hala yang mengawal subsidi menerusi langkah timbal balas. Perjanjian ini hanya terpakai pada subsidi yang diberikan kepada pengeluar atau industri tertentu. Perjanjian ini mengklasifikasikan subsidi berdasarkan konsep lampu trafik, iaitu merah untuk subsidi larangan, kuning jingga untuk subsidi yang boleh diambil tindakan, dan hijau untuk subsidi yang tidak boleh diambil tindakan kerana tidak memudaratkan perdagangan. Perjanjian ini juga memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara bagi mengenakan langkah timbal balas. Perjanjian ini dilampirkan pada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT).
countervailing measurelangkah timbal balasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan menimbal kesan subsidi yang memudaratkan pengeluar tempatan atau mendatangkan kesan buruk yang serius di negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lain. Langkah ini merangkumi tindak balas oleh negara yang terkesan dengan subsidi tersebut dengan menggantung konsesi perdagangan yang diberikan kepada negara pensubsidi. Contohnya, duti timbal balas yang dikenakan terhadap import bersubsidi. Namun, langkah tersebut hanya boleh dikenakan terhadap subsidi larangan dan subsidi boleh diambil tindakan. Langkah tersebut juga mesti berkadaran dengan kerugian yang ditanggung oleh negara pengimport.
subsidysubsidiGeografiTiadaTiada
farm subsidysubsidi ladangGeografiTiadaTiada
industrial subsidysubsidi perindustrianSains PolitikTiadaTiada
wage subsidysubsidi upahEkonomiTiadaBantuan atau tambahan bayaran kepada upah asas.
cross-subsidysubsidi silangKejuruteraan AutomotifTiadaBantuan yang disalurkan kepada bahagian yang mengalami kerugian oleh bahagian yang untung dalam sebuah organisasi yang sama.
export subsidysubsidi eksportEkonomiTiadaTiada
123

Kembali ke atas