Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.ta.ju/] | سوبتاجوق

Definisi : tajuk bagi sesuatu pecahan bab atau bibliografi, tajuk kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subtajuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. Tatabahasa06.01.2015
Apakah perkataan paling tepat dalam subtajuk penulisan saya ini, sama ada Ciri PBD atau Ciri-ciri PBD 2.3 Ciri PBD atau Ciri-ciri PBD? Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam PBD. PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera.

Subtajuk yang sesuai ialah Ciri-ciri PBD

Tatabahasa16.09.2021
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acaraNoktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk.Lain-lain22.04.2021
Adakah ayat untuk subtajuk ini betul? -Mengintegrasikan universiti ke dalam konsep masyarakat madani

Ayat yang betul ialah “Mengintegrasikan universiti dalam konsep masyarakat madani.”

Lain-lain18.02.2024
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang.Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan.   Lain-lain29.05.2008
Apakah maksud istilah tatasemia? Terima kasih. Mengapakah akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk utama atau subtajuk? DBP perlu bertindak tegas terhadap akhbar harian yang memandang remeh terhadap hal ini kerana akhbar merupakan penyalur ilmu dan model bahaha?Harap saudara dapat memberikan konsep atau konteks penggunaan bagi kata tatasemia.  Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara tentang peranan dan tanggungjawab DBP dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, khususnya dalam media cetak.  DBP sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa melalui pelbagai saluran seperti khidmat nasihat dalam talian, melalui faksimile, telefon dan juga kunjungan.Lain-lain29.05.2008
Saya Nipari ingin bertanya. Farasa itu termasuk kajian digalangan Fnologi atau Singtaksis? Terma kasih.Frasa ialah subtajuk dalam sintaksis.Tatabahasa30.09.2015
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
Salam sejahtera, (i) Kita difahamkan patut digunakan istilah 'baharu' menggantikan istilah 'baru' dalam semua penulisan rasmi. Ada maklumat lanjut/laman rujukan mengenainya? (ii) Makluman: Ada ralat dalam laman ini di bawah subtajuk 'Pengesahan Bahasa', iaitu tertaip 'samada ada': Ruangan Iklan adalah merupakan satu kemudahan ... samada ada iklan bergambar, ... Sekian, terima kasih. Liong1. Kata baru dan baharu kedua-duanya betul, namun penggunaannya dibezakan mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. Walau bagaimanpun penggunaan frasa buku baru dan kereta baru juga adalah betul.
2. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyemak dan membetulkannya dengan kadar segera.
Tatabahasa14.04.2012
APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?DAN HURAIKAN SECARA TERPERINCI.Kepentingan penyuntingan manuskrip : ialah menyemak fakta, menyemak penggunaan bahasa dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, dll., menyelaraskan persembahan teks seperti tajuk, subtajuk, jadual, rajah, nota kaki, bold, italic, dll., juga semakan dari segi penerbitan seperti rupa taip, saiz taip, jarak dan tinggi teks.Makna25.09.2006
12

Kembali ke atas