Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.buh]/[su.buh] | صبح

Definisi : 1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.buh]/[su.buh] | صبح

Definisi : , = waktu ~ waktu antara terbit fajar sehingga naik matahari (lebih kurang antara pukul 6.00 hingga pukul 7.00 pagi): sembahyang ~ sembahyang yg dilakukan dlm waktu subuh. ~ buta pagi-pagi benar. ~ gajah waktu selepas waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subuh

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syha Yumisyha Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik DBP. Saya Seyha. Boleh saya pastikan daripada tuan, ejaan yang betul untuk : air mata @ airmata subuh @ Subuh zohor @ zuhur Terima kasih daun keladi.Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat, iaitu (1) air mata; (2) subuh dan (3) zuhurEjaan28.04.2014
ejaan fardhu subuh: Adakah fardu Subuh atau Fardhu Subuh

Ejaan yang betul ialah fardu subuh.

Ejaan24.08.2009
Saya ingin bertanya ejaan huruf kecil dan besar dan juga tatabahasa: 1) Telah masuknya Azan Subuh atau azan Subuh? 2) Gangguan Stres Pasca Trauma atau Gangguan stres pasca trauma telah kembali menyerang adiknya itu. 3) Dia menunaikan 'Solat Sunat Tahajud' atau 'solat sunat Tahajud'? 4) Dia pernah menyertai debat bahasa Arab atau 'Debat Bahasa Arab' sewaktu zaman sekolah dahulu. 5) Bila hendak digunakan perkataan 'kepada'? Setahu saya, 'pada' digunakan untuk tempat, masa, tarikh manakala 'kepada' digunakan untuk manusia sahaja. Contoh ayat: 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut kepada adiknya' atau penggunaan lebih tepat 'Ahmad menyerahkan sampul surat tersebut pada adiknya'? Terima kasih.1) Frasa yang betul ialah ... telah masuk waktu subuh / ... telah berkumandang azan subuh.

2) Gangguan stres pascatrauma telah kembali menyerang adiknya itu.

3) Dia menunaikan solat sunat tahajud. 

4) Dia pernah menyertai pertandingan debat bahasa Arab sewaktu zaman persekolahan dahulu.

5) Kata sendi nama"pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti "bermula pada hari ini", manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad.
Tatabahasa08.12.2020
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih.Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa08.07.2013
Mohon bantuan, adakah waktu-waktu solat seperti Subuh dan Zohor dikira sebagai Kata Nama Khas? Begitu juga dengan perkataan-perkataan yang terdapat daripada tafsir Al-quran iaitu:- Baitullah, Masjidil dan Rasulullah Adakah ianya kata nama khas? Sekian,bantuan dari pihak DBP amatlah dihargai.Terima kasih.Waktu solat merupakan kata nama am dah dieja dengan huruf pertama kecil. Baitullah dan Rasulullah merupakan kata nama khas dieja dengan huruf pertama huruf besar  manakala masjidil kata am kecuali jika merujuk kepada Masjidilharam iaitu, masjid Mekah maka dieja dengan huruf besar pada huruf pertama. Tatabahasa08.07.2014
bolehkah saya menggunakan perkataan kejora di dalam karangan bahasa Melayu?Perkataan kejora boleh digunakan dalam karangan bahasa Melayu kerana ia merupakan nama bintang yang terbit pada waktu subuh atau dikenali sebagai bintang timur. Makna19.02.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=broad&d=139128&#LIHATSINI Sila semak semula tafsiran berikut. Ia salah sama sekali. day-labourer broad ~, hari sudah siang: we had planned to arrive before dawn,but when we did it was broad ~, kami bercadang utk tiba sebelum waktu subuh, tetapi apabila kami tiba hari sudah siang; in ~, semasa hari (masih) siang: I was anxious to see what the place looks like in ~, saya tdk sabar-sabar lagi hendak melihat rupa tempat itu semasa hari siang; in broad ~, a. in the daytime, pd /siang hari, waktu siang/; b. in public, secara terang-terangan; see ~, understand st previously puzzling or obscure, faham, mengerti.Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kami akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkenaan.Lain-lain22.04.2020
Saya ingin maklumat biodata tentang ZAIHASRA ( Zaiton Abdullah) dan Zurinah Hassan. Selain itu, bolehkah saya mendapatkan dua buah sajak yang banyak menggunakan simbol dan lambang dalam penulisan mereka.Sdr. boleh merujuk dan mendapatkan biodata/maklumat tentang Zurinah Hassan dan Zaihasra (Zaiton Abdullah) melalui buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga terbitan DBP 2005. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau merujuk di perpustakaan iaitu Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Di perpustakaan, sdr. boleh merujuk sajak Zaihasra "Lautan di Waktu Subuh" terbitan DBP yang berjudul Karya Pemenang Hadiah Sastera 1974-76. Juga sajak Zurinah Hassan berjudul "Kuali Hitam" yang mengandungi simbol atau perlambangan. Lain-lain04.09.2008
12

Kembali ke atas