Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.buh]/[su.buh] | صبح

Definisi : 1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari; bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi); 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu subuh; ~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar; ~ gajah waktu sesudah subuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.buh]/[su.buh] | صبح

Definisi : , = waktu ~ waktu antara terbit fajar sehingga naik matahari (lebih kurang antara pukul 6.00 hingga pukul 7.00 pagi): sembahyang ~ sembahyang yg dilakukan dlm waktu subuh. ~ buta pagi-pagi benar. ~ gajah waktu selepas waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subuh

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dawnfajar;; pagi (subuh)GeografiTiadaSatu istilah yang digunakan untuk menandakan permulaan sesuatu.
dawn shiftsyif subuhPentadbiranTiadaTiada
dawn raidserang subuhPentadbiranTiadaPercubaan mengambil alih sesebuah syarikat dengan membeli sebanyak saham yang mungkin apabila bursa saham dibuka, biasanya sebelum syarikat sasaran mengetahui usaha pengambilalihan tersebut.
albaalbaKesusasteraanTiada1. Nyanyian perpisahan di antara dua kekasih.,2. Iringan muzik di waktu subuh.
matinsmatinsMuzikTiada

Perkataan yang berasal daripada bahasa Latin matutinus yang bermaksud waktu subuh. Lihat juga officium.

melatoninmelatoninPsikologiPsikologi UmumHormon yang terdapat dalam badan pineal. Paras hormon ini memainkan peranan penting dalam kemandirian kebanyakan haiwan terutamanya yang menggunakan tingkah laku samaran sebagai usaha untuk mengelakkan diri daripada diserang pemangsa. Paras hormon melatonin mula meningkat pada waktu senja sehingga ke tengah malam, dan selepas itu akan menurun sehingga pada waktu subuh. Hormon ini dikatakan mempengaruhi rasa mengantuk individu. Oleh itu, melatonin digunakan untuk mengurangi ketidakselesaan akibat lamban jet yang dialami oleh juruterbang dan anak-anak kapal.
officiumofficiumMuzikTiada

 Lapan waktu upacara sembahyang yang diadakan setiap hari di gereja Roman Katolik. Upacara ini melibatkan nyanyian him, psalm, kantikel, responsory, bacaan dan doa. Waktu sembahyang tersebut ialah matins pada pukul 3.00 pagi, lauds pada waktu subuh, prime pada pukul 6.00 pagi, terce pada pukul 9.00 pagi, sext pada waktu tengah hari, none pada pukul 3.00 petang, vespers pada pukul 6.00 petang dan com­pline pada waktu malam.


Kembali ke atas