Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.bur] | سوبور

Definisi : 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengan­dungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah men­dapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyu­burkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bur] | سوبور

Definisi : 1 dpt tumbuh dgn baik (bkn tumbuh-tumbuhan); lekas besar: Po­kok bunganya ~-~ belaka. 2 sihat serta segar badannya; bertubuh: Berilah anak-anak kita makanan yg berzat supaya badan mereka ~. 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. 4 dpt berkembang dgn baik; bertambah maju (besar, kuat dll). menyuburkan membuat supaya (tanah dsb) menjadi subur. kesuburan keadaan subur. penyuburan perihal atau proses menyuburkan. penyubur sesuatu yg menyuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subur (adjektif)
1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,

2. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,

3. Dalam konteks berkembang pesat
bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,

Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Banyak orang membeli hasil tanaman Encik Wong kerana buah-buahannya tumbuh subur.Adakah ayat ini betul?Ayat ini salah kerana "buah-buahan" tidak boleh "tumbuh subur". Hanya "pokok" atau "tanaman" sahaja yang boleh tumbuh subur.Tatabahasa10.11.2014
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.   Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur.

2.   Beg-beg plastik sampah.

Tatabahasa27.04.2014
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali.

Saudara Waypenglee,

Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut:

i. subur  ii.  penuntut  iii.  sangat tenang sekali

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

 

 

 

Tatabahasa09.06.2009
1Biki menyiram sayur supaya subur. 2Biki menyiram sayur supaya segar. YANG MANA SATU AYAT BETUL?Ataupun kedua-dua boleh diterima?Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa18.09.2015
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Adakah ayat-ayat berikut betul? a) Aminah menyiram pokok yang subur. b) Ramli dan adiknya membina istana pasir yang besar.Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa12.09.2016
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih.

Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa30.11.2011
Penggunaan Tatabahasa yang betul, adakah berkehendakan atau berkehendakkan?Berkehendakkan, iaitu berkehendak akan. Contoh ayat: Pokok padi berkehendakkan air yang banyak untuk hidup suburEjaan26.04.2011
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "dibugarkan" dan "membugarkan". adakah terdapat perkataan yang sinonim dengan kedua-dua perkataan ini. terima kasihPerkataan bugar membawa maksud; segar-~ sangat sihat; kebugaran 1. hal subur (tentang tumbuhan): benih itu lebih besar dan akan tumbuh sbg pokok-pokok yg rendah dan penuh ~; 2. hal sihat dan segar (tentang tubuh manusia).

Jadi, "dibugarkan" dan "membugarkan" membawa maksud menjadikan segar.
Makna08.06.2015
123

Kembali ke atas