Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.bur] | سوبور

Definisi : 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengan­dungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah men­dapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyu­burkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bur] | سوبور

Definisi : 1 dpt tumbuh dgn baik (bkn tumbuh-tumbuhan); lekas besar: Po­kok bunganya ~-~ belaka. 2 sihat serta segar badannya; bertubuh: Berilah anak-anak kita makanan yg berzat supaya badan mereka ~. 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. 4 dpt berkembang dgn baik; bertambah maju (besar, kuat dll). menyuburkan membuat supaya (tanah dsb) menjadi subur. kesuburan keadaan subur. penyuburan perihal atau proses menyuburkan. penyubur sesuatu yg menyuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subur (adjektif)
1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,

2. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,

3. Dalam konteks berkembang pesat
bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,

Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breeding evaluationpenilaian pembiakbakaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah seragam untuk menilai keupayaan induk jantan membuntingkan haiwan betina normal dalam satu musim pembiakan. Penilaian pembiakbakaan induk jantan dapat diukur melalui tahap kesuburannya dan dibahagi kepada subur, separa subur atau tidak subur. Induk jantan subur akan menghasilkan jumlah anak dan pulangan ekonomi perladangan yang tinggi.
self-fertilesubur sendiriPertanianAgronomi

 Kebolehan untuk mendapatkan biji benih melalui persenyawaan debunga dengan ovul pada bunga yang sama seperti padi. Tanaman yang subur sendiri biasanya mempunyai ciri sekata berbanding tanaman yang memerlukan pendebungaan silang.

fertilesuburPerhutananTiada1. Berkaitan dengan keupayaan seseorang untuk menghasilkan anak gamet atau spora yang boleh hidup. 2. Merujuk kepada tanah yang mengandung ramuan penting untuk pertumbuhan tumbuhan.
fertilesuburPerubatanTiada1. Berkaitan dengan keupayaan seseorang untuk menghasilkan anak gamet atau spora yang boleh hidup. 2. Merujuk kepada tanah yang mengandung ramuan penting untuk pertumbuhan tumbuhan.
fertilesuburFizikAtom dan NuklearSifat nukleus yang mampu ditransformasi secara langsung atau tak langsung untuk menjadi nukleus boleh belah menerusi tawanan neutron. Contohnya, torium-232, uranium-238, dan plutonium-240.
fertilesuburBiologiUmumTiada
fertilesuburPerubatanTiadaBerkaitan dengan keupayaan seseorang untuk menghasilkan anak. Lihat juga ketaksuburan
exuberant (growth)subur (pertumbuhan)PendidikanTiadaTiada
fertile materialbahan suburFizikTiadaTiada
fertile stamenstamen suburPertanianTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas