Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ci] | سوچي

Definisi : 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat ke­agamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pember­sihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ci] | سوچي

Definisi : 1 bersih (dr segi agama); tidak najis: air ~; makanan ~. 2 (dlm hal yg berkaitan dgn agama) unggul; mulia: ayat ~; kitab ~; tanah ~. 3 tidak berdosa; tidak tercela atau tidak ternoda; soleh: orang ~; hidup ~. 4 bersih drpd segala rupa kejahatan, kekotoran dll: hati yg ~. bersuci 1 membersihkan diri sebelum bersembahyang; mengambil air sembahyang; berwuduk. 2 mem­bersihkan diri drpd sebarang kekotoran. 3 berkhatan; bersunat. menyucikan 1 membuat sesuatu menjadi suci (dr segi agama). 2 membuat sesuatu menjadi bersih drpd sebarang kekotoran dll. kesucian keadaan suci; kebersihan. persucian hal bersuci. penyucian perbuatan (hal dsb) menyucikan. pe­nyuci apa-apa yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suci (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersih: murni, tidak tercemar, khalis,
Berantonim dengan kotor

2. Bersinonim dengan tidak berdosa: tidak bernoda, kudus, nirmala, safa, sufi, soleh, tahir, murni, putih,
Berantonim dengan bernoda

Kata Terbitan : bersuci, kesucian,

Puisi
 

Hanyut rakit batu tenggelam,
     Minyak ada berbuli-buli;
Matahari sakit bulan demam,
     Itulah tanda dunia tak suci.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat-ayat suci al-Quran atau ayat-ayat suci Al-Quran?Frasa yang betul ialah ayat-ayat suci al-Quran.Tatabahasa31.07.2013
Ingin tahu cara betul ejaan untuk "Maha Suci Mu". Perkataan "Mu" perlu didekatkan atau tidak? TkasihEjaan yang betul ialah Maha Suci-Mu.Ejaan04.02.2010
Tuan, Ayat: Afiq seorang oendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah ?Bersih dikiskan juga kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanpun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".Tatabahasa21.09.2011
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI.

Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan:

PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI

Tatabahasa28.06.2011
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih.Jawapan:

1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul
2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang.
Tatabahasa04.11.2015
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah?

Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci".

Tatabahasa21.09.2011
saya Hanan Dalor sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar saya ingin bertanya DBP apakah makna perkataan 'Ikhlas' terima kasih atas jawapannyaIkhlas berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud:  (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.Makna29.09.2014
Encik, Berdasarkan maksud ke-3 perkataan 'memagari' yang terdapat dalam Kamus Dewan (halaman 1113), iaitu menghalangi ataupun melindungi, manakah antara ayat yang berikut adalah betul dan tepat? Terima kasih. 1. Pak Hassan memagari kawasan rumahnya dengan bacaan ayat-ayat suci. atau 2. Ayat-ayat suci memagari kawasan rumah Pak Hassan.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa01.10.2013
Saya ingin menggunakan nama perniagaan Suci Group dan ingin mendaftarkan nama tersebut dengan majlis perbandaran. Adakah DBP akan mengeluarkan apa apa surat rasmi untuk menyokong nama yang di rungkai semasa permohonan di buat?

Untuk makluman tuan, sekiranya telah mendaftar nama perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sila gunakan nama yang berdaftar.  DBP tidak membuat sebarang pengesahan nama syarikat yang berdaftar tetapi memberi perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan. Paparan iklan di tempat awam perlu ada keterangan dalam bahasa Melayu. DBP hanya menyemak penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu. Sila rujuk format majlis.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Lain-lain23.10.2019
Kami ingin menggunakan nama yang disenaraikan dibawah sebagai nama perniagaan untuk tadika kami. 1. Tadika Cahaya Mata Eden 2. Tadika Suci Eden 3. Tadika Eden Didikan Kanak Sila maklumkan jika pilihan nama tersebut mematuhi pengunaan istilah Bahasa Malaysia sepertimana di maklumkan di dalam lampiran yang di muat naik dengan pertanyaan ini. Sekia, terima kasih.Cadangan nama "Tadika Cahaya Mata" dan "Tadika Suci" menepati struktur tatabahasa bahasa Melayu. Perkataan Eden tidak terdapat dapat Kamus bahasa Melayu dan sekiranya nama tersebut merupakan nama atau empunya tadika, hendaklah dinyatakan.Tatabahasa20.05.2014
1234

Kembali ke atas