Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudah;

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tepek[te.pe/]kata kerjameleperkan sesuatu dengan tapak tangan.Getah kau dah beku, dah boleh tepek ni.[g«.tAh kAw dAh b«.ku dAh bo.leh te.pe/ ni]Getah engkau sudah beku, sudah boleh ditekan dengan tapak tangan.
melawan ari[m«.lA.wAn A.Äi] peringkat buah padi atau buah-buahan seperti duku, langsat, rambutan, pisang, betik dan lain-lain yang sudah mulai masak.Pokok kepaye yang kau tanam kat belakang rumah dulu dah bebuah dah, tengah melawan ari.[po.ko/ k«.pA.j« jAN kAw tA.nAm kAt b«.lA.kAN Äu.mAh du.lu dAh b«.bu.wAh dAh t«.NAh m«.lA.wAn A.Äi]Pokok betik yang engkau tanam di belakang rumah dahulu sudah berbuah, sudah mulai masak.
buke belah[bu.k« b«.lAh] memulakan kerja awal menanam padi.Engkau dah buke belah ke?[«N.kAw dAh bu.k« b«.lAh k«]Engkau sudah memulakan menanam padi?
beborot[b«.bo.Äot]kata adjektifberbelit atau kusut.Dah beborot pulak benang ni.[dAh b«.bo.Äot pu.lA/ b«.nAN ni]Sudah berbelit pula benang ini.
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?
kopok[ko.po/]kata kerjatepuk perlahan-lahan, misalnya mententeramkan bayi.Dah kene kopok, baru die tido.[dAh k«.n« ko.po/ bA.Äu di.j« ti.do]Sudah ditepuk perlahan-lahan, baru dia tidur.
ngelocak[N«.lo.tSA/]kata adjektifberkenaan kudis yang semakin teruk; mengoyak.Wah, dah ngelocak kudes budak ni![wAh dAh N«.lo.tSA/ ku.des bu.dA/ ni]Wah, sudah ngelocak kudis budak ini.
gelugo[g«.lu.go]kata adjektifmendidih.Kalau dah gelugo, angkat kuah tu.[kA.lAw dAh g«.lu.go AN.kAt ku.wAh tu]Kalau sudah mendidih, angkat kuah itu.
puas ketotak[pu.wAs k«.to.tA/] lama berubat ; puas ketontang.Dah puas ketotak sane sini, baru baek.[dAh pu.wAs k«.to.tA/ sA.n« si.ni bA.Äu bAe/]Sudah lama berubat sana sini, baru sembuh.
puas ketontang[pu.wAs k«.ton.tAN] lama berubat; puas ketotak.Dah puas ketontang sane sini, baru baek.[dAh pu.wAs k«.ton.tAN sA.n« si.ni bA.Äu bAe/]Sudah lama berubat sana sini, baru sembuh.
12345

Kembali ke atas