SELESAI SUDAH | SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad. Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando. Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” dan “Igau” (1971), “Lagu Kitkitkit” (1972), “Tak Keruan”, “Kelapa Nan Sebatang” dan “Perempuan” (1973). | SASTERA | Karya |
MEMORI | Memori ialah kebolehan untuk mengingat sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah dialami. Memori merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak mengingati langsung tentang masa lampau, maka kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami pengalaman yang sama berulang kali untuk “pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan nikmat yang diberikan oleh memori kepada kehidupan – nikmat kenangan yang indah di samping kenangan yang menyedihkan. | UMUM | |
SIBIL | Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas, pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk menjual sembilan buah buku mengenai ramalan yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku. Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M. | UMUM | |
PRESTER JOHN | Prester John (atau Presbyter John ) ialah paderi dan raja Kristian yang sudah menjadi legenda. Dia kononnya hidup pada tahun 1100-an. | UMUM | |
EPITAF | Epitaf ialah tulisan pada batu nisan atau inskripsi lain sebagai ingatan kepada orang yang sudah mati. | UMUM | |
AYAM HUTAN | Ayam hutan ialah burung liar yang berbadan sederhana pendek lagi gempal. Walaupun berasal dari Eropah dan Asia, namun ayam hutan sudah diperkenalkan secara meluas ke beberapa buah negeri lain. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
KESUSASTERAAN CHINA | Kesusasteraan China ialah satu daripada kesusasteraan tertua dan terkemuka dunia. Penulis China sudah menghasilkan karya- karya penting selama hampir 3000 tahun. | UMUM | |
ORANG ASLI AMERIKA | Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah sampai. | UMUM | |
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN | Sistem maklumat pengurusan ialah sistem komputer yang direka untuk membantu para eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan, agensi kerajaan dan juga organisasi lain. Sektor perniagaan sudah lama bergantung kepada komputer untuk mengendalikan kerja menyimpan kira-kira yang asas, seperti penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu, sistem maklumat pengurusan sebenarnya membantu pengurus membuat keputusan perniagaan yang kompleks. | UMUM | |