Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
تفج )jeld, rūye( هيور ،دلج )jeld, mojallad( د ّ لجم ،دلج یفا ّ حص ،ندرک دلج )jeld kardan, ṣaḥḥāf ī( )jelow( ولج )Jom‘e( هعمج baru kren pulau tubuh, jasad (sudah meninggal) pesta perayaan, kenduri kotak burung hantu pasang, sepasang kulit sampul jilid menjilid bahagian hadapan, barisan depan Jumaat new crane island dead body ceremony feast, festival box owl pair wrapper ـتح )ḥejāb( باجح )ḥads zadan( ندز سدح )ḥodūd( دودح )ḥaẕf kardan( ندرک فذح )ḥarārat, garmā( امرگ ،ترارح )ḥarām, nāmashrūʻ( عورشمان ،مارح keperluan, hajat kemalangan, peristiwa hasil, keputusan bersedia sekarang buih sudah tentu bahkan tudung, kelubung agak, teka had, batas menghapuskan kepanasan haram necessity accident result ready, present now bubble certainly even veil, curtain to guess limits to eliminate, to omit heat

Kembali ke atas