Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
erotic poetrypuisi erotikKesusasteraanPuisiPuisi yang tema serta sifatnya mengandungi unsur-unsur keberahian. Contohnya, ke Teluk sudah ke Siam sudah, ke Makkah juga yang belum lagi. kupeluk sudah kucium sudah, nikah saja yang belum lagi.
link rotpautan reputTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pautan dan tanda buku hiperteks yang menuding ke laman web yang sudah dipindahkan atau sudah tiada. Lebih banyak web yang matang, lebih banyaklah pautan reput. Sinonim pautan putus Lihat juga ralat 404, ketekal
modern statenegara modenPentadbiranPentadbiran Awam

Pemerintah yang sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, mengamalkan pembahagian kerja dan sistem hierarki yang tersusun serta birokrasi yang cekap. Pemerintah atau negara ini sudah beranjak dari tahap tradisional kepada tahap yang moden berteraskan sains dan teknologi. Bidang kuasanya dibahagikan kepada tiga badan utama, iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Pentadbiran dalam pemerintahan menekankan kecekapan, motivasi dan mempunyai matlamat atau sasaran yang sudah ditetapkan. Perincian tugas pelbagai bahagian dalam birokrasi ini dibuat secara sistematik bagi mengelak pertindanan tugas. Nilai urus tadbir yang baik, akauntabiliti dan transparensi ditekankan dalam pemerintahan moden bagi mengelakkan nilai negatif seperti korupsi, penyalahgunaan dan pengumpulan kuasa.

mature economyekonomi matangEkonomiTiadaEkonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup.
patinapatinaKesenianTiada1. Tahi tembaga atau gangsa yang terjadi pada hasil seni tembaga atau gangsa akibat pengoksidaan atau sudah lama.,2. Ton atau jalinan lunak dan lembut pada karya seni yang sudah lama
rattanrotanKesenianHiasan DalamanSejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain.
deadmati; sudah gunaKomunikasiTiadaTiada
deadmati; sudah gunaKejuruteraanTiada1. Keadaan logam lebur yang pekat dan likat kerana tidak cukup terlebur atau berada terlalu lama di dalam centong.,2. Komputer atau alat lain yang tidak berfungsi.,3. Kawasan enapan yang telah mengenap sepenuhnya dan besar kemungkinannya tidak akan bergerak lagi.,4. Ruang tertutup yang mempunyai tempoh penggemaan yang jauh lebih kecil daripada biasa apabila dilihat daripada segi saiz dan keperluan-keperluan rakaman.,5. Bahan binaan yang telah merosot.
marriage contractedsudah kahwinPentadbiranTiadaTiada
gone awaysudah pergiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas