cerang | sl kawasan dlm hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokoknya atau yg tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengekor | 1. bergayut (bergantung) spt ekor; 2. mengikut: Cikgu Midah ~ di belakangnya; 3. mengikut atau menurut(i) sahaja (sesuatu yg dilakukan oleh seseorang), meniru: penulis kita ~ sahaja, menurut jalan yg sudah ditebang dan ditebas oleh tokoh-tokoh sastera yg | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tonggak I | 1. kayu yg panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf dll), pal; 2. tiang rumah (jambatan dll); 3. ukuran jauh yg bersamaan dgn 4901 kaki atau 1500 meter, pal; 4. pangkal batang kayu yg masih tegak berdiri (tunggul), sisa batang kayu yg sudah ditebang atau yg ada dlm air dll; 5. ki orang yg tidak suka bercakap, orang yg sangat pendiam; 6. ki asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan, dll): agama Islam sbg ~ masyarakat; tawakal adalah ~ kepercayaan kita; ~ gantung tiang rumah yg hanya sampai ke lantai (tidak sampai ke tanah); ~ tua tiang rumah yg mula-mula didirikan; bagai mengatai ~ prb perihal memberi nasihat kpd orang yg hanya diam sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. | Kamus Pelajar |
hendak | 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalaupun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggul I | 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reba | 1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang, semak-semak kecil; 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah dipotong dan dilonggokkan di satu tempat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelang pertumbuhan | (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebang I | bertebang sudah dipotong (pokok kayu dll); menebang memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; ~ tebas = ~ menebas memotong segala jenis pokok utk bercucuk tanam dll; hendak ~ merebahkan, hendak mencencang memutuskan prb Mn hendak berbuat sesuatu dgn sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yg lain; tebangan 1. hasil drpd menebang; 2. apa yg ditebang; 3. cara menebang; penebangan 1. perihal menebang; 2. tempat menebang (pokok kayu); penebang 1. alat utk menebang (spt kapak, beliung, dll); 2. orang yg (kerjanya) menebang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 1 cahaya atau sinar yg menyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. menerangkan 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; penjelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |