Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Limbai-limbai naik ke lampau,
     Anak raja datang bersembah;
Kalau sudah budi terlampau,
     Bukannya kurang makin bertambah.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
membangkit-bangkitmembongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau;Kamus Dewan Edisi Keempat
membangkit1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
usai1. sudah selesai (perayaan dll), berakhir, bubar: orang yg berjalan di jalan-jalan raya hanya seorang-seorang sahaja, panggung-panggung wayang sudah ~; 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut dll): dia membetul-betulkan rambutnya yg ~ dan sudah banyak putihnya; 3. sudah selesai (dikerjakan), beres, siap: Saufi meneruskan kerjanya hingga ~ lantas terus baring dgn melurus-luruskan kaki; 4. sudah lampau, sudah berlalu: suara auto tidak terdengar lagi dan pacu kuda sudah lama ~; mengusai 1. menjadi usai (perkumpulan dll), bercerai, bersurai, bubar: sekalian hadirin pun ~; 2. = mengusaikan menjadikan bercerai-berai (berselerak, bersepah-sepah), membongkar, mencerai-ceraikan, menguraikan (rambut dll): dibukanya almari itu, ia ~ baju-baju yg ada di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudah-sudahtelah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat
bangkit1. jaga drpd tidur; 2. berdiri drpd duduk atau tidur: ia ~ drpd duduk; 3. hidup kembali: ~ dr kubur; 4. naik (ke udara): debu ~ ke udara; 5. terbit, datang (keadaan, perasaan dll); ~ gilanya datang gilanya; ~ marahnya terbit marahnya; ~ hatinya timbul keberaniannya; 6. kembang, muai (adunan): kek yg saya buat tidak ~; 7. sedar dan bergerak utk mencapai kemajuan, sedar dan maju;berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); membangkit 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;membangkitkan 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;bangkitan 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri);kebangkitan 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dsb) membangkitkan sesuatu atau seseorang;pembangkit 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudah1. telah siap sedia, lengkap, selesai: surat itu pun ~lah; 2. habis, berakhir; 3. = sudah-sudah telah lalu (lampau): bulan ~ keting lembu Dogol ditakik orang; 4. telah berlaku (terjadi), telah: dan lagi sekarang segala sampan pukat itu pun ~ keluar, tiada tinggal lagi dlm sungai; 5. = sudahlah cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! 6. memang begitu (keadaannya, halnya, dll), sememangnya: bagai­mana boleh kapalnya lalu, kalau ~ dilingkungi karang; 7. = sudahnya, sudah-sudahnya akhirnya, kemudiannya: yg hidup itu sedia akan mati juga ~nya; sesudah, sesudahnya setelah sudah, sehabis, selepas, setelah: ~ minum mereka pun ber­pisah; sesudah-sudah, sesudah-sudahnya seha­bis-habisnya (melakukan sesuatu), sekehen­dak hatinya, semahu-mahunya; bersudah ada sudahnya (akhirnya, peng­habisan); bersudah-sudah telah putus atau habis (per­sahabatan, perhubungan, keluarga, perkah­winan, dll); menyudahi 1. mengakhiri (percakapan, pekerjaan, dll), menghabisi: ia ~ nasihatnya dgn umpatan; 2. menunaikan (permintaan, keinginan, dll), memenuhi; 3. ki menamatkan riwayat, membunuh; ikhtiar menjalani, untung ~ prb utk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha tetapi berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib; menyudahkan, mempersudahkan 1. me­ngerjakan hingga habis (pekerjaan, tugas, dll), menyempurnakan, menyiapkan: mereka akan berlumba-lumba utk ~ sesuatu kerja; 2. menjadikan berakhir, menamatkan: patik hendak pergi ke Inderapura, supaya patik persudahkan pekerjaan Megat Panji Alam itu; 3. mencari penyelesaian (masalah dll), menyelesaikan: salin dan sudahkan kira-kira di bawah ini; kesudahan 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; berkesudahan berakhir (dgn), berkeputus­an, berakibat: Ramlah sakit keras kerana sedih, rindu, dan sesal tidak ~; kesudah-sudahan akhir-akhirnya, kemudian­nya: maka ~ iaitu kelak memberi mudarat kpd nyawa; penyudahan perihal menyudahkan, penye­lesaian, penyempurnaan; penyudah yg akhir sekali, penutup (per­cakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lalu I1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlalu1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati);Kamus Dewan Edisi Keempat
telah I1. kata yg menyatakan perbuatan dll yg lampau (sempurna, selesai), sudah: mereka ~ menjadi suami isteri; 2. sl sebaik sahaja, apabila: syahdan, ~ sampailah surat itu, maka segera dibalasnya; setelah sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas