Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Limbai-limbai naik ke lampau,
     Anak raja datang bersembah;
Kalau sudah budi terlampau,
     Bukannya kurang makin bertambah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ham actinglakon lampauKesenianDrama dan TeaterGaya lakon berlebih-lebihan dan tidak meyakinkan untuk mengajuk atau memperolokkan manusia yang berjaya, yang ingin berjaya atau yang gagal memainkan peranan mereka dalam kehidupan. Pelakon yang menggunakan gaya ini tidak menunjukkan kemampuan atau kemahiran sebagai pelakon dan tidak menyedari gaya tersebut sudah ketinggalan.
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
homogeneitykehomogenanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20.

Kembali ke atas