Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan.Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah02.02.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut apakah maksud bagi istilah lazim dan istilah tidak lazim? Hal ini kerana, apabila saya merujuk atas talian, saya tidak menjumpai jawapan yang tepat terhadap pertanyaan saya. Seterusnya, bagaimanakah sesuatu istilah tidak lazim itu diambil? Terima kasih.Istilah lazim biasanya merupakan istilah yang tepat, betul dan sesuai mengikut bidang tertentu. Istilah tidak lazim pula biasanya perkataan atau frasa yang bersifat arkaik, iaitu kuno dan sudah ketinggalan zaman. Istilah tidak lazim juga boleh dikategorikan sebagai  kata, ungkapan dan sebagainya yang bukan merupakan perkataan bahasa Melayu standard. Sesuatu istilah yang tidak lazim mungkin dahulunya diambil daripada suatu konsep penggunaan yang popular dalam tempoh atau era tertentu. Oleh sebab itu, istilah tidak lazim perlu dielakkan penggunaannya.Lain-lain15.10.2020
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar?Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard.Lain-lain29.09.2016
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari.Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari"Tatabahasa10.01.2014
Bahasa yang berkembang ialah bahasa yang dapat menerima kata atau perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu. Ahli Lembaga Bahasa di DBP seharusnya memasukkan kata atau perkataan yang lazim dituturkan bukan memasukkan kata atau perkataan yang dipinjam( curian ) daripada bahasa Inggeris semata-mata. Contoh penggunaan kata dan perkataan yang lazim dituturkan oleh penutur jati bahasa Melayu tetapi tiada di dalam Kamus Dewan ialah : 1. guris ( gores ) 2. cincang ( cencang ) 3. ciplak ( jiplak ) 4. gabra ( gubra ) 5. taksub ( taasub ) 6. celupar ( celopar ) 7. istirehat ( istirehat ) 8. Ramadhan ( Ramadan ) 9. analisa ( analisis ) 10. stokin ( stoking ) 11. kerinting ( keriting ) 12. lagenda ( legenda ) 13. pensil ( pensel ) 14. mustika ( mestika ) 15. ole-ole ( oleh-oleh ) 16. kuayer ( koir ) dll

Encik Rizuan,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain11.05.2010
Assalamualaikum Saya nak tanye perlukah meletakkan salam pada permulaan apabila membuat prutusan konvo yang hendak dimasukkan ke dalam buku konvo.

Ucapan salam sesuai digunakan pada teks ucapan, perutusan dan sebagainya. Ucapan salam sudah menjadi amalan yang lazim dalam budaya kita.  

Tatabahasa29.10.2021
Dalam penulisan, bagaimanakah kita menjawab soalan, "Apa khabar?" - Adakah jawapan yang gramatis, "Saya khabar baik" atau, "Khabar saya baik"? - Cukupkah sekadar menjawab, "Khabar baik"? Misalnya dalam menjawab e-mel seorang rakan.Jika untuk penggunaan lazim seperti dalam e-mel, jawapan "Khabar baik" sudah memadai. Jika untuk tujuan peperiksaan mohon rujuk kepada guru bahasa Melayu.Tatabahasa19.02.2018
Ayat ' Tuan/Puan diminta menyenaraikan buku-buku yang diperlukan oleh jabatan tuan'. Adakah betul penggunaan '...menyenaraikan buku-buku...'. Terima kasih.

Encik Wong,

Dari segi penggunaan lazim oleh masyarakat umum ayat dan frasa tersebut digunakan. Walau bagaimanapun, yang betul dan tepat ialah 'menyenaraikan buku'. Kata buku tidak perlu diulang kerana apabila kita menyenaraikan sesuatu sudah tentu melibatkan perkara atau benda yang banyak.   

Tatabahasa22.03.2010
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ?Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis.     Makna19.03.2008
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahanSalam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi.  

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.


Lain-lain25.10.2020
123

Kembali ke atas