Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuation orderpesanan tetapPerpustakaanTiada1. Pesanan untuk membekalkan isu atau keluaran seterusnya bagi sesuatu penerbitan tahunan atau bersiri.,2. Sambungan sesuatu butiran yang memang sudah tersedia di dalam stok.
after flowaliran lanjurFizikMekanikAliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tindakan daya dari luar sudah tiada lagi. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair kepada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan.
talibuntalibunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba.
neo-classicismneoklasismeKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme.
collusionpakatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis.

Kembali ke atas