Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dut] | سودوت

Definisi : 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dut] | سودوت

Definisi : 1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,


Puisi
 

Nyiur kapas di sudut rumah,
     Bunga ke mana dilonggokkan;
Abanglah lepas dari rumah,
     Adiklah gila dimabukkan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Langit dapat dilukis,
     sudut kambut diserayakan.

Bermaksud :

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul penggunaan pada Papan Kenyataan?; 1. Sudut Induk EKSA 2. Sudut EKSA Induk Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keadaan. Sudut Induk EKSA merujuk kepada sudut yang induk manakala Sudut EKSA Induk pula merujuk kepada sudut eksa yang induk.Makna27.06.2019
munsyi, dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi? TQjawapan yang betul ialah dari sudut.Tatabahasa07.02.2012
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron)Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan.Tatabahasa04.01.2012
Mohon beri cadangan perkataan yang sesuai selain daripada perkataan "sudut" yang merujuk kepada Sudut 5S dsb.Tuan boleh menggantikan perkataan sudut dengan perkataan lain seperti ruang atau medan.Tatabahasa26.09.2014
1)Adakah betul penggunaan kata "paling terbaik" daripada sudut tatabahasa? 2)Mana satu yang betul berdasarkan ayat nombor 1 di atas, "dari sudut" atau "daripada sudut"?1. Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir sserentak dalam satu binaan. Oleh itu, penggunaan frasa paling terbaik salah.

2. Frasa yang betul ialah dari sudut.
Tatabahasa12.04.2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya menghadapi kemusykilan tentang perkataan 'sudut pandang'. Adakah perkataan ini merupakan satu istilah yang sudah mantap? Jika perkataan ingin dijadikan sebagai satu tajuk tentang suatu petikan/teks, bolehkah dieja seperti ini; 'Sudut Pandang' atau 'Sudut pandang'? Saya mohon jasa baik pihak tuan agar adpat memberikan pengesahan berkaitan dengan hal ini. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Sudut Pandang sebagai sebuah tajuk artikel atau wacana. Perkataan ini banyak digunakan dalam media terutama dalam membabitkan pandangan individu tertentu dalam sesuatu isu.Tatabahasa10.08.2012
Antara berikut, penggunaan kata sendi nama yang manakah adalah tepat ? dari sudut ekonomi atau daripada sudut ekonomi... dari segi .... atau daripada segi ....Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, masa, tempat. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaannya. Oleh itu, frasa yang tepat ialah dari sudut ekonomi, dari segi moral (penggunaan kata sendi nama ini menunjukkan tempat atau arah). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 9: Kata Tugas), halaman 268.Tatabahasa01.09.2009
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu
1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera.
2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera.
Sastera02.05.2014
Salam sejahtera tuan. Terima kasih untuk jawapan yang diberikan mengenai terjemahan "coffee corner" kepada "sudut kopi". Saya berikan contoh ayat di bawah; Michael mencadangkan mesin pemanas air dan biskut disediakan di "sudut kopi" (coffee corner) jika ada pelawat dibawa ke sana. Apakah terjemahan "sudut kopi" itu sesuai dengan tatabahasa Melayu? Atau ada cadangan perkataan lain yang lebih tepat? Terima kasih.Untuk makluman, tiada padanan bahasa Melayu yang lain untuk "coffee corner" selain sudut kopi. Walau bagaimanapun, cadangan lain yang boleh digunakan ialah sudut minumanIstilah01.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas