Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu
1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera.
2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera.
Sastera02.05.2014
Dari atau daripada sudut pandanganPanel penulis Tatabahasa Dewan menetapkan bahawa frasa sendi yang tepat ialah dari sudut pandangan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa20.05.2013
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pandangan personaliti waja diri? Berikan contoh-contoh personaliti waja diri
Sudut pandangan personaliti ialah bagaimana penilaian  terhadap  sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Personaliti waja diri  mungkin boleh dirujuk perwatakan dan keperibadian  ungggul seseorang.
Sastera21.03.2012
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad.Saudara yang bertanya,

Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
Sastera14.03.2012
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Betulkah ayat ini? (Di kaca mata...) Di kaca mata kebanyakan ibu bapa, anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga.Kaca mata dalam konteks ayat tersebut bermaksud sudut pandangan. Ayat yang betul ialah "Dari kaca mata kebanyakan ibu bapa...".Tatabahasa04.02.2014
Penggunaan dari/daripada yang betul. Dari/daripada segi dan dari/daripada sudut pandang.Penggunaan yang tepat ialah dari segi dan dari sudut pandangan.Tatabahasa24.01.2019
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Islamic world view"? Adakah sesuai diterjemahkan kepada "sudut pandang Islam"?Terima kasih.Terjemahan yang yang dicadangkan untuk "Islamic world view" ialah sudut pandangan Islam.Penyemakan dan penterjemahan24.03.2016
Nama saya Afifah saya inginkan mensoal Apakah makna cerpin terimakasih.Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasaMakna28.10.2015
Nama saya Afifah saya inginkan mensoal Apakah makna cerpin terimakasihCerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasaMakna28.10.2015
1234

Kembali ke atas