Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudut (kata nama)
1. Bersinonim dengan penjuru: bucu, pelosok, pojok, ceruk jorong, jokir,

2. Bersinonim dengan segi: arah pandangan, dasar pandangan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
point of viewsudut pandanganKesusasteraanTiadaCara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu.
non-focalizationbukan fokalisasiKesusasteraanTiadaSudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas.
limited omniscienceserba tahu terbatasKesusasteraanTiadaBentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness.
Auteur theoryteori AuteurKomunikasiTiadaTeori yang memberi tumpuan kepada sudut pandangan dan pengaruh pengarah dalam pembuatan sesebuah filem. Sudut pandangan pengarah boleh diteliti daripada hasil keseluruhan filem, termasuklah kesatuan dari segi tema dan gaya. Dalam aspek ini, sumbangan penulis tidak dilihat sehebat sumbangan yang diberikan oleh pengarah, terutamanya dari segi nilai estetikanya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Francois Truffaut dan diamalkan oleh pengkritik Perancis dalam jurnal Cahires Du Cinema pada tahun 1950-an.
objective shotstangkap objektifKomunikasiTiada1. Tangkapan yang terhasil dari sudut pandangan pengarah. 2. Tangkapan utama yang merakamkan seluruh set dari satu sudut pandangan tetap.
subjective camerakamera subjektifKomunikasiTiadaKamera yang membuat tangkapan melalui sudut pandangan watak, seolah-olah kamera mewakili watak dalam melihat subjeknya. Lihat juga: tangkap sudut pandangan.
omniscient point of viewsudut pandangan serba tahuKesusasteraanTiadaKaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya.
angle of viewsudut pandanganKomunikasi MassaTiadaTiada
angle of viewsudut pandanganKomunikasiTiadaTiada
objective camera anglesudut pandangan objektifPendidikanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas