Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.fi]/[su.fi] | صوفي

Definisi : Ar = ahli ~ ahli ilmu suluk (tasawuf); ilmu ~ ilmu suluk (tasawuf); kesufian tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.fi]/[su.fi] | صوفي

Definisi : , = ahli ~ orang yg ahli dlm ilmu tasawuf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sufi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil bagi perkataan 'ahli Sunnah dan ahli Sufi'. Haruskah menggunakan huruf besar bagi perkataan 'Sunnah' dan 'Sufi' atau "ahli al-sunnah dan ahli-ahli-sufi'? Sekian, terima kasih.Frasa ahli sunah dan ahli sufi dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk kata nama yang khusus seperti Ahli Sunah Waljamaah.Tatabahasa26.12.2014
Salam sejahtera,slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI tidak diterima pakai oleh pihak tuan dan diminta untuk tukar semula MEMETIK kepada UNTUK MENDAPATKAN. Bukankah ayat slogan yang asal adalah penggunaan metafora yang terddapat dalam kesusasteraan melayu.minta pihak tuan beri penjelasanSekiranya tuan/puan ingin mengekalkan perkataan “memetik”, kami mencadangkan slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI dibetulkan kepada KEMBARA SUFI MEMETIK KEREDAAN ILAHI kerana lazimnya perkataan “memetik” akan diikuti dengan kata nama, contohnya memetik pandangan, memetik titah, memetik laporan, memetik ayat dan memetik kenyataan.Tatabahasa27.07.2018
MAKSUD PERKATAAN KASYAFKasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.Makna23.06.2009
BEZA ANTARA ALEGORI DENGAN METAFORA. HARAP BERI CONTOH SETIAP SATU. SUKAR UNTUK MEMAHAMI ANTARA KEDUANYA. TERIMA KASIH.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat alegori bermaksud sesuatu karya (cerita,puisi) yang menggunakan watak, peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan)sesuatu yang lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi.

Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan): pembentukan ungkapan yang bersifat metafora.

 

Makna25.02.2008
SAYA HENDAK MENCARI BIODATA PENULIS CERPEN "ISRAK"IAITU PENGARANG ERDA ROSLAN KHAIRI DAN JUGA CERPEN " BIARKAN SAMUDARA" PENGARANG RAIHANAH SALLEH. KEDUA-DUA CERPEN INI MERUPAKAN CERPEN YANG TERDAPAT DALAM BUKU KOMSAS TINGKATAN EMPAT IAITU ANTOLOGI HARGA REMAJA. UNTUK MAKLUMAN, BUKU INI MERUPAKAN KELUARAN DBP.PERTOLONGAN DARIPADA PIHAK DBP SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Biodata Raihanah Saleh adalah seperti yang berikut:

Raihanah Salleh dilahirkan pada 29 januari 1965 di Dungun, Terengganu. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Mida Pendidikan Bahasa  Malaysia dari Universiti Putra Malaysia dan kini mengajar di Sekolah Menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan banyak menghasilkan karya seperti cerpen, novel dan skrip drama radio. Cerpen beliau juga tersiar dalam antologi cerpen Riak Kabus Danau Maninjau, Talian Kasih, Wacana Hitam Putih, Sayang Sufi, Kasut Hitler dan Sesudah Senja. Beliau juga pernah menghasilkan novel remaja, Kotak Rahsia Ismah. Beliau turut aktif menyertai peraduan dan sayembara penulisan. Antara penghargaan yang diperolehnya ialah Hadiah Utama Peraduan Novel Kanak-Kanak anjuran Jabatan Alam Sekitar 1995, Hadiah Utama Cerpen Dewasa anjuran Utusan-Public Bank 1995, Hadiah Penghargaan Cerpen Esso-Gapena 1995, Hadiah Utama Cerpen Remaja anjuran Utusan-Public Bank 1996, Hadiah Penghargaan Cerpen dewasa anjuran Public Bank 1997, Hadiah Pertama Cerpen Hari Guru anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu 1996 dan 1997, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2000, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2001, Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja Utusan 2002, Hadiah Penghargaan Skrip Drama Radio anjuran IKIM 2005 dan Hadiah Pertama Skrip Drama Radio anjuran RTM Perlis dan Jabatan Kesihatan Perlis 2008.

Biodata Erda Roslan Khairi pula tiada dalam simpanan kami, harap maaf.

Lain-lain31.07.2010

Kembali ke atas