Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.gés.tif] | سوݢيستيف

Definisi : (sugéstif) menyarankan tanggapan, idea, fikiran, dsb tentang sesuatu: caranya mengarang ~, dipaksanya pembaca berfikir sendiri; mungkin juga dgn kedudukan set yg tidak ~, beberapa simbol menjadi keliru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sugestif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suggestivesugestifKesusasteraanTiadaTiada
hermeticismhermetisismeKesusasteraanTiadaPuisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif dan hujah, dalam usaha mencapai �puisi polos�. Pengaruh hermetisisme dapat dikesan dalam puisi yang dihasilkan oleh penyair simbolis Perancis pada abad ke-19, iaitu Baudelaire, Mallarme, dan Valery, serta pengarang Barat yang lain, iaitu Poe, Yeats dan Ibsen.

Kembali ke atas