Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suit] | سوءيت

Definisi : bunyi spt bunyi wisel (orang bersiul dll); bersuit mengadakan bunyi spt wisel, bersiul; suitan siulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah Undang2 bagi : Class action / class action suit / class suit / representative action. Terima Kasih.Cadangan padanan perkataan class action, class action suit, class suit ialah tindakan satu pihak manakala representative action ialah tindakan perwakilan.Istilah25.10.2020
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat tuan/puan tentang padanan istilah "herringbone suit coat" dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Istilah yang betul ialah herringbone suit. Padanan bahasa Melayu bagi istilah herringbone suit ialah sut siku keluang.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.09.2022
Lounge suit (terjemahannya)Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan lounge suit ialah sut urusan.Ejaan09.08.2006
Apakah istilah yang sesuai digunakan bagi SCRUB SUIT yang digunakan dalam bidang perubatan?Terjemahan yang sesuai bagi scrub suit ialah sut bedahMakna25.06.2020
Assalamualaikum. Dalam bahasa Melayu, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk: 1. kurta pyjama 2. punjabi suit Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi kurta pyjama ialah Kurta Pijama manakala punjabi suit ialah Sut PunjabiMakna10.10.2016
Apakah padanan perkataan bahasa Melayu yang betul untuk 'suite' dalam contoh berikut: A suite of collaboration softwares. (Suit/Set perisian kerjasama). Terima kasih.Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk istilah "suite" ialah suit.Istilah26.11.2015
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima KasihDalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada suit seperti Suit Perancis.Istilah06.08.2012
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa08.05.2012
Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' dalam ayat yang berikut: 'No claim application action suit or other proceeding for or in respect of such money has been or is made or instituted for a period of fifteen years after the last payment out of court of any part of such money or (where no payment out of court has been or is made) after such payment into court. Sama ada boleh diterjemah seperti yang berikut: a. pembayaran keluar yang terakhir daripada mahkamah; atau b. pembayaran terakhir di luar mahkamah.Terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' ialah pembayaran terakhir di luar mahkamah.Makna06.08.2020
Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to suit the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi.Kami mencadangkan perkatan customize diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Lain-lain27.05.2015
12

Kembali ke atas