Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suit] | سوءيت

Definisi : bunyi spt bunyi wisel (orang bersiul dll); bersuit mengadakan bunyi spt wisel, bersiul; suitan siulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUIT

Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit

terdiri daripada sebilangan gubahan pendek,

biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut

umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang

mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit

berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya

merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian

Bach menggubah beberapa suit penting untuk

hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an.

UMUM 
ANTILL, JOHN

Antill, John (1904–1986), penggubah Australia

yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree ,

yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada

tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada

yang didengarnya semasa Orang Asli Australia

bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di

Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New

South Wales State Conservatorium of Music dan

menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting

Commission pada tahun 1934. Antill turut

menggubah beberapa lagu balet yang lain dan

kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia

lahir di Sydney.

UMUM 
SOUSA, JOHN PHILIP

Sousa, John Philip (1854–1932) ialah

penggubah muzik dan pemimpin pancaragam

Amerika. Sousa menghasilkan banyak jenis muzik,

termasuk opereta, suit orkestra, lagu, lagu

berentak waltz, dan puisi simfoni. Walau

bagaimanapun, dia masyhur kerana lagu berentak

mac dan terkenal di seluruh dunia sebagai, “Raja

Mac”.

UMUM 

Kembali ke atas