Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang benar? 1. Saya suka makanan ini. 2. Saya suka pada makanan ini. 3. Saya suka kepada makanan ini. 4. Saya suka dengan makanan ini.Salam sejahtera,

Ayat yang betul: Saya suka makanan ini.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.01.2019
Selamat sejahtera encik/puan, 1. Ayah suka minum kopi o. 2. Ayah suka minum milo. 3. Ayah suka minum kopi o beng. 4. Ayah suka minum milo beng. Adakah 4 ayat tersebut betul? Perlukah 4 nama minuman tersebut ditulis dengan huruf besar? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
  1. Ayah suka minum kopi O.
  2. Ayah suka minum kopi.
  3. Ayah suka minum milo O.
  4. Ayah suka minum milo.




1. A
Ejaan16.07.2023
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri.


Ayat yang betul  adalah seperti yang berikut:

1) Saya suka akan saya.

2) Saya suka akan diri saya.

3) Saya suka akan diri saya sendiri.

4) Saya suka akan diri sendiri.

6) Saya menyukai diri saya.

Tatabahasa07.08.2022
1. Saya suka membaca buku di bilik bacaan pada waktu petang. 2. Saya suka membaca buku pada waktu petang di bilik bacaan. Yang manakah betul?Kedua-dua ayat di bawah adalah betul dan boleh digunakan.

1. Saya suka membaca buku di bilik bacaan pada waktu petang.
2. Saya suka membaca buku pada waktu petang di bilik bacaan. 
Tatabahasa08.12.2022
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud  1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. Istilah22.07.2010
a) Siti suka minum kopi di rumah. b) Siti suka minum kopi di kafe. (atau) Ayat majmuk: 1. Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe. 2. Siti suka minum kopi di rumah atau kafe. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Siti suka minum kopi di rumah atau di kafe?"

Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke dan ke.
Tatabahasa09.10.2013
1 Saya suka pada bunga. 2 Saya suka akan bunga Ayat yang mana betul?Ayat yang betul ialah Saya suka akan bunga.Tatabahasa12.03.2021
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
1.Saya suka akan belajar di sini . Belakang suka akan bolehkah saya letakkan kata kerja ? 2. Emak memasak untuk kami. Ayat ini betul atau salah? memasak ialah kkt atau kktt ? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Saya suka belajar di sini. Tidak boleh meletakkan perkataan akan kerana kata akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, sedangkan perkataan belajar ialah kata kerja, bukan kata nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 untuk keterangan lanjut.  

2. Emak memasak untuk kami betul dari segi tatabahasanya. Memasak ialah kata kerja aktif tak transitif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 144 untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa19.01.2010
Boleh saya tahu tatabahasa bagi ayat-ayat yang berikut betul atau salah? saya keliru perlu imbuhan -kan atau tidak. 1. Tuliskan kosakata yang anda suka. 2. Pilihkan kosakata yang anda suka. 3. Bulatkan kosakata yang anda suka.Ayat yang betul ialah:
1. Tulis kosa kata yang anda suka. / Tuliskan kosa kata yang anda suka.
2. Pilih kosa kata yang anda suka. / Pilihkan kosa kata yang anda suka.
3. Bulatkan kosa kata yang anda suka.

Bulat ialah kata adjektif. Ayat suruhan dengan kata adjektif perlu disertai dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja dalam ayat tersebut.  
Tatabahasa30.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas