Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "sukan lasak"?

Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya.

Makna11.07.2009
Mengapakah frasa sukan lasak diterima pakai, manakala kerja lasak penggunaannya tidak tepat?

Frasa sukan lasak telah diterima sebagai satu istilah seperti lumba motor lasak. Walau bagaimanapun tidak ada contoh penggunaan frasa 'kerja lasak' dalam sumber rujukan kami. Jika 'kerja lasak' yang dimaksudkan sesuai dengan konsep/makna lasak maka frasa tersebut boleh diterima.

Tatabahasa30.09.2011
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'canyoneering' iaitu sebuah aktiviti lasak popular di kawasan air terjun seperti di Filipina yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Terima kasih.Istilah "canyoneering" atau juga dikenali sebagai "canyoning" iaitu "the sport of jumping into a fast-flowing mountain stream and allowing oneself to be carried downstream at high speed." yang bermaksud aktiviti lasak yang popular di kawasan air terjun yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Maksud istilah sumber bagi canyon pula bermaksud ngarai.  Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "canyoneering" ialah sukan di ngarai
 
Makna22.12.2020

Kembali ke atas