Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
refractory woodkayu refraktoriPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu yang sukar diproses dengan kaedah biasa, iaitu sukar dikerjakan, sukar dikeringkan atau sukar ditembusi pengawet. Misalnya, kayu mersawa.
bad copynaskhah sukar-bacaPerpustakaanTiadaNaskhah bertulis yang sukar dibaca, atau sukar mendapatkan makna atau pengertian yang dimaksudkan.
obfuscate (advertisement)kabur (iklan)KomunikasiKorporatKesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan.
abstrusesukar fahamSejarahTiadaKeadaan yang sukar difahami dan diselami, biasanya pemikiran atau tindakan yang terselindung.
lectio difficilliorsukar baca/lectio difficilliorKesusasteraanTiadaSesuatu ungkapan atau bacaan yang sukar dalam sesebuah teks disebabkan kekunoannya atau yang tidak begitu lazim kepada penyalin.
acute respiratory distress syndrome (ARDS)sindrom sukar bernafas akut (ARDS)PerubatanTiadaSindrom penyakit paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba atau mendadak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. Sindrom ini boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit seperti radang paru-paru, pneumonitis aspirasi, kontusi paru-paru, pankreatitis, embolisme lemak, pintasan kardiopulmonari, kecederaan teruk, renjatan hipovolemia, renjatan septisemia, transfusi darah masif dan inhalasi asap toksik.
temak batutemak batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea siamensis daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu temak batu berwarna lebih muda dan agak sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 975 hingga 1090 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan lambat mengering tetapi mudah dikemas siap. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi dan sukar diawet. Kayu temak batu biasanya mempunyai batang yang kecil dan bengkok, dan sukar didapati dalam saiz yang besar. Kayu ini boleh digunakan untuk kerja binaan berat, jambatan, cerucuk, dan alas landasan kereta api.
illegible (writing)sukar dibaca (tulisan)PerpustakaanTiadaTiada
difficult questionsoalan sukarPendidikanTiadaTiada
difficult intubationintubasi sukarPerubatanTiadaKesukaran untuk memasukkan tiub endotrakea ke dalam trakea disebabkan kelainan pada salur udara seperti saiz mulut kecil, lidah besar, leher pendek, trauma pada bahagian muka dan mulut, edema larinks dan edema korda vokal.
12345678910...

Kembali ke atas