Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
haemocytehemositBiologiEntomologiSel darah di dalam hemolimfa serangga. Terdapat pelbagai jenis sel darah dan kerana itu pengelasannya sukar dilakukan. Walau bagaimanapun, terdapat empat jenis sel darah yang biasa ditemukan pada semua serangga, iaitu prohemosit, plasmatosit, hemosit bergranul, dan sistosit. Selain itu, oenositoid, sel sferul, dan adipohemosit adalah hemosit biasa pada serangga dalam order tertentu, seperti Coleoptera, Diptera, dan Lepidoptera.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
qasidaqasidahKesusasteraanPuisiBentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin
giamgiamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu, dan terdapat lebih daripada sembilan spesies utama. Antaranya ialah Hopeaferrea, H. helferi, H. nutans, H. pierrei dan H. semicuneata. Gubal kayu giam amat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning dengan sedikit kehijauan apabila segar, dan menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sederhana halus, dengan ira yang sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 865 hingga 1220 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat.Kayu giam agak sukar dikerjakn dan diawet, lambat mengering, mudah retak, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat seperti jambatan, tiang, badan lori, dan kayu landasan kereta api.
keranjikeranjiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dialium spp. daripada famili Leguminosea. Terdapat lebih kurang lapan spesies utama termasuk Dialium kingii, D. havilandii, dan D. maingayi. Gubal kayu keranji berwarna putih kekuningan dan menjadi coklat muda apabila terdedah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini sangat kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering dan boleh diserang serangga dan kulat pada bahagian gubal kayunya. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi dan sukar diawet, terutamanya pada bahagian teras kayunya. Kayu keranji sesuai untuk kerja binaan berat, kemasan dalaman, papan panel, lantai parket, lantai tahan lasak, dan tiang eletrik.
api-apiapi-apiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai Avicennia spp. daripada famili Verbenaceae yang banyak terdapat di hutan paya bakau. Spesies utama termasuk, api-api putih, Avicennia alba; api-api bulu, A. lanata; api-api jambu, A. marina; dan api-api ludat, A. officinalis. Gubal kayu api-api berwarna kelabu keungguan, dan sukar dibezakan daripada teras kayumya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini kasar dengan ira yang lurus dan kadangkala bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 560 hingga 785 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan tidak tahan, tetapi mudah sebagai kayu api, dan dalam pembuatan papan panel serta perabot.
kerlikkerlikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Rhodoleia championii daripada famili Hamamelidaceae yang hanya terdapat di Semenanjung. Nama tempatannya ialah keruntum. Gubal kayu kerlik berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat merah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu kerlik mudah dikerjakan, cepat mengering tanpa kecacatan teruk. Kayu ini sesuai untuk kemasan dalaman.
jongkongjongkongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dactyloclados stenastachys daripada famili Melastomaceae, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Nama tempatannya di Sabah ialah medang tabak, dan di Sarawak merabung. Gubal kayu jongkong sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat muda semasa segar dan berubah menjadi gelap hingga coklat kemerahan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan kadang-kadang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 610 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jongkong agak mudah diproses walaupun lambat mengering, dan tidak mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk membuat lantai, dinding, perabot serba guna, dan juga untuk venir dan papan lapis.
MRG KKS.kedondongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu dalam famili Burseraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kerantai, di Sabah ialah kembayu dan pematadon, dan di Sarawak ialah seladah. Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 spesies utama antaranya ialah santiria apiculata, Canarium littorale, dan Triomma malaccensis.. Gubal kayu kekondong sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna lebih tua, tetapi bagi Santiria griffithii dan S. rubiginosa teras kayunya agak nyata. Teras kayu kekondong mempunyai warna yang berbeza-beza. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Sifat pemprosesan dan pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu ini tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik dan terasnya pula sukar di awet. Kedondong merupakan spesies dagangan yang utama di Malaysia, dan sesuai digunakan untuk lantai, papan lapis, papan serpai, perabot dan kotak kayu.
resakresakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Vatica spp dan Cotylelobium spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar keluang, jenuong dan keruing babi. Terdapat tidak kurang daripada 35 spesies kayu resak, termasuk Vatica pauciflora, V. Bancana, Cotylelobium malayanum, dan C.melanaoxylon. Gubal biasanya berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya bagi Cotylelobium spp., tetapi sukar bagi Vatica spp., teras kayunya berwarna kuning pucat, dan berubah menjadi coklat bagi Cotylelobium spp., dan menjadi coklat bagi Vatica spp. apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 655 hingga 1152 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras berat. Kayu Cotylelobium spp. agak mudah diproses berbanding dengan kayu Vatica spp. kayu resak sangat tahan tetapi lambat mengering dan sukar diawet. Kayu ini sesuai untuk semua kerja binaan berat, seperti jambatan, kayu cerucuk, perabot tahan lasak dan tiang elektrik.
1234

Kembali ke atas