Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sukat1
Kata Terbitan : menyukat, sukatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bagaimanakah untuk mendapatkan sukutan terbaharu bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 Terima kasihSukatan Pelajaran dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sdr dicadangkan berhubung dengan pihak KPM.Lain-lain24.06.2010
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Tatabahasa05.12.2008
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten

Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti.

Makna18.03.2008
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
Merujuk kepada lampiran yang disertakan, yang diambil dari buku aktiviti Sains Tahun 3, mohon jelaskan dengan lebih terperinci maksud soalan pada gambar yang dibulatkan. 1) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu cecair di dalam kotak? atau 2) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu kotak minuman?Soalan tersebut memerlukan anda menyata kaedah yang sesuai untuk mengukur sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.Lain-lain06.05.2020
Salam sejahtera, Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan frasa "semak" dan "periksa"? Bila dan bagaimana penggunaan yang betul untuk kedua-duanya? Mohon pencerahan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan "semak" -  (sémak); menyemak 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; semakan catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; penyemakan perbuatan (kerja dsb) menye­mak: setelah ia berpuas hati dgn kebolehan orang-orang bawahnya, dia tidaklah melaku-kan ~ lagi; penyemak orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. 

Perkataan "periksa" - selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian);
Makna05.06.2019
Salam sejahtera. sy tgh membuat kajian bagaimana murid2 bukan melayu (sekolah rendah) blh menguasai bahasa melayu dgn lbh senang, khususnya dr segi pertuturan, pembacaan & penulisan. adakah pihak DBP blh kongsi bbrp sumber/link/tips yg blh membantu sy? tkaseh byk2! Yg Ikhlas, Benz NG

Salam sejahtera,

Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka boleh mencadangkan beberapa perkara seperti yang berikut:

1.    1. Melalui skop buku sekolah, fokusnya untuk mencapai sukatan pelajaran (SP) daripada Dokumen Standard Kurikulum (DSKP). Antara bahan sokongan yang disediakan ialah dalam bentuk Kod QR dan AR, boleh diperoleh dalam buku teks Bahasa Melayu SJK. Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Video paparan disertakan dalam AR Kod ni. Contohnya bagaimanakah untuk mengetahui bacaan sajak, syair, seloka dan lain-lain.

2.    2. Mempelbagaikan bahan bacaan seperti buku, majalah, artikel atau bahan sokongan lain dalam Bahasa Melayu bagi mempertingkatkan lagi penguasaan murid dalam Bahasa Melayu.

3.    3. Selain daripada buku, boleh juga menyertai kegiatan anjuran DBP yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum atau bahagian lain.

4.    4. Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada:Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

5.    5. Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan:

a.      Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/

b.      Artikel penerbitan maya DBP: https://jendeladbp.my/

c.      Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/

d.      Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/

e.      Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/

f.       Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/

6. Bagaimanapun, sumber lain juga boleh diperoleh daripada google melalui carian umum tentang “cara menguasai bahasa melayu sekolah rendah”, terdapat beberapa artikel mengenai perkara tersebut yang boleh dijadikan rujukan.

Sekian terima kasih.

Lain-lain25.05.2021

Kembali ke atas