Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : golongan bangsa sbg sebahagian drpd satu bangsa yg lebih besar: ~ Jawa; ~ Ambon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm,tuan,saya ingin bertanya 2 soalan 1.perkataan "baju melayu" ditulis dgn huruf besar pada huruf m.sedangkan baju melayu merupakan nama pakaian,bukan nama kaum. 2. Perkataan Melayu, Cina & India perlu ditulis dengan huruf besar pada mana2 kedudukan sekalipun.boleh atau tidak saya gunakan hujah iniBaju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa.

Walau bagaimanapun, apabila nama bangsa, suku bangsa dan bahasa dijadikan kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, penjawaan serta memelayukan.
Tatabahasa11.09.2013
Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu SyahApabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan.Tatabahasa14.06.2013
Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara ChinaSlmt ptg.
1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina.
2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China.

Sekian, terima kasih
Lain-lain07.03.2016
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat)Istilah01.10.2015
Saya hendak bertanyakan bahasa melayu yang dijadikan bahasa rasmi malaysia sekrang ini berasal daripada suku kaum apa?adakah minang,jawa,bugis atau yang lain.harap jawapan diberi secepat mungkin

1. Bahasa Melayu berasal daripada suku bangsa Melayu.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain16.09.2009
Apakah perbezaan maksud istilah antara kaum dan etnik. Adakah tepat etnik Melayu, etnik Cina dan etnik India digunakan untuk menggambarkan masyarakat majmuk. Atau istilah yang lebih tepat kaum yang biasa digunakan sekarang. Terima kasih

Maksud:

Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Masyarakat majumuk - 1) masya­rakat yang terdiri dairpada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa. 2) masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dan sebagainya).

Pada kebiasaannya, yang sering digunakan adalah kaum bagi merujuk Melayu, Cina dan India di Malaysia.

Lain-lain08.10.2015
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009
boleh tolong berikan maksud masyarakat??

Sdr. Nurul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan inilah yang dimaksudkan dengan masyarakat - kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; Terima kasih

Tatabahasa13.07.2009
saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. 

Lain-lain20.02.2009
12

Kembali ke atas