Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lam] | سولم

Definisi : jahitan pd kain (sbg bunga), suji, tekat: sapu tangan yg cantik dan banyak ~nya; ~ padu sj jahitan yg berselari dan rapat-rapat; bersulam bersuji atau bertekat dgn: bantal peluknya ~ dgn gambar rama-rama besar; bersulamkan bersulam dgn: bantal baldu ~ benang emas; menyulam menjahit sulam, menekat, me­nyuji: Aini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang; sulam-menyulam pekerjaan menyulam; sulaman hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang ~ isterinya; penyulaman perihal menyulam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lam] | سولم

Definisi : ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat me­muaskan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lam] | سولم

Definisi : jahitan utk perhiasan pd kain; tekat; suji. bersulam ada sulamnya atau ada sujinya; memakai sulam: Kainnya ~ benang emas. menyulam menjahit sulam; menekat; menyuji: Cantik benar kain alas meja ini, siapa yg ~nya? sulaman hasil drpd menyulam: ~nya cantik lagi kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.lam] | سولم

Definisi : ; menyulam 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menye­lang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulam

Puisi
 

Kain baldu bersulam tangan,
     Sulam sutera cara lama;
Hati rindu banyak kenangan,
     Ingatkan cerita zaman lama.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
embroiderysulam; sulam-menyulamSosiologiTiadaTiada
embroiderysulam; sulam-menyulamPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
embroiderysulam; sulam-menyulamKesenianTiadaJahitan yang digunakan sebagai hiasan pada fabrik atau pakaian.
embroiderysulam; sulam-menyulamKesenianTiadaTiada
Persian embroiderysulam ParsiKesenianTiadaSulaman buatan Parsi/Iran yang dibuat di atas kain linen halus yang dipenuhi dengan jahit isian, bercorak geometri, berwarna merah dan berlakarkan corak gelap. Seni sulam ini termasuk sulam tampal hias, sulam tebuk dan sulam jerumat.
Indian embroiderysulam IndiaKesenianTiadaSeni jarum bercirikan corak oriental yang dihasilkan daripada gabungan sulam tenun kain, jahit rantai, jahit kuilt, sulam Kashmir dan sulam manik. Buatan penduduk India Timur.
hedebosulam DenmarkKesenianTiadaSulam tebuk atau sulam cabut benang yang dijahit dengan benang putih pada fabrik putih.
Danish embroiderysulam DenmarkKesenianTiadaSulam tebuk atau sulam cabut benang yang dijahit dengan benang putih pada fabrik putih.
Swiss embroiderysulam SwissKesenianTiadaSulam tangan atau sulam mesin yang putih di atas fabrik putih, buatan Switzerland.
tambour lacesulam ramKesenianTiadaSulam tangan atau sulam mesin di atas net putih atau net hitam yang diregangkan dengan ram, berasal dari negara timur.
12345678910...

Kembali ke atas