Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.la.man] | سولمن

Definisi : ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat me­muaskan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.la.man] | سولمن

Definisi : hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang ~ isterinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.la.man] | سولمن

Definisi : hasil drpd menyulam: ~nya cantik lagi kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulaman

Puisi
 

Sutera ini sutera sulaman,
     Ambil dibuat pengilat kaca;
Surat ini surat kiriman,
     Kalau nak tahu cubalah baca.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahter Saya ingin bertanya, untuk nama jenis-jenis sulaman, perlukah kita tulis dengan huruf besar (nama khas)? Contohnya sulaman Bunga Sakura, sulaman Bunga Carnation, sulaman Bunga Kekwa dan sulaman Bunga Lavendar. Harap maklum.Nama jenis sulaman ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil seperti sulaman bunga sakura dan sulaman bunga teluki.Lain-lain20.09.2017
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Nama-nama jenis sulaman seperti sulaman bunga carnation, bunga sakura, bunga lavender atau bunga kekwa, adakah perlu ditulis dalam huruf besar nama bunga-bunga tersebut?Huruf kecilEjaan19.09.2017
Salam sejahtera, Adakah nama bagi teknik-teknik seni sulaman contohnya Bullion, French knot dan Lazy daisy perlu ditulis dengan huruf besar? Contoh ayat, Sulaman bunga lavender menggunakan teknik French knot / french knot.Nama  teknik sulaman haruslah menggunakan huruf kecil kecualai "French knot" kerana "French" ialah nama negeri.  Terdapat  istilah dalam bahasa Melayu untuk teknik sulaman ini jika puan ingin menulisnya dalam bahasa Melayu.
French knot  = simpul Perancis
lazy daisy  =  jahit bunga padi
bullion  =  jahit ulat-ulat
Ejaan21.09.2017
berkaitan dengan sulaman,apakah nama yang menarik untuk membuat kertas kerja bagi sebuah syarikat yang mempromosikan sulaman ke peringkat antarabangsa?Tajuk mestilah jelas dan mudah difahami untuk menarik minat pembacanya. Antara nama kami anggap sesuai termasuklah 'Sulaman: Warisan Bangsa', walau bagaimanapun saudara boleh memilih nama lain yang bersesuaian dengan konsep kertas cadangan tersebut.Lain-lain13.01.2011
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Ali duduk (berminggu) kerana terlalu letih. (b) Sulaman yang (dipukul) dengan teliti itu kelihatan cantik dan bermutu. (c) Bapa saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam (halaman) komputer. (d) Pengalaman yang pahit itu akan dijadikan satu (halaman). (e) Peragawati itu sedang memperagakan baju fesyen baru yang (halus) di atas pentas. (f) Pusaka peninggalan Tok Ahmad telah (disalin) kepada satu badan kebajikan. (g) Bajunya menjadi (gelap) setelah dibiarkan terlalu lama di bawah pancaran cahaya matahari. (h) Budak nakal itu (menggelapkan) duit ibunya di bawah bantalnya. (i) Kilang papan itu menghasilkan banyak (daki).Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Saya dari agensi periklanan dan saya nak semak adakah visual ini didalam bahasa melayu yang tepat. Sila nasihat. Terima kasih.Pembetulan:
1. Percetakan dan Sulaman
2. Dimiliki oleh (oleh - huruf kecil)
Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Tatabahasa24.04.2015
semakan ejaan pada papan tandaSila betulkan ejaan jawi bagi perkataan RZ kepada

ار.زيت

Sila betulkan ejaan jawi bagi perkataan SULAMAN kepada سولمن

Ejaan18.12.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
Makna18.06.2023

Kembali ke atas