Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1. sj serunai, bangsi, salung, seruling: memetik kecapi dan meniup ~ pd waktu malam; 2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) utk memberi semboyan (pd kapal, kereta api); meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; menyuling meniup suling: Panji ~ Sri menari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1. = sulingan cairan yg diperoleh drpd wap (sesuatu yg direbus, dikukus, dll); air ~ = air sulingan air drpd wap air yg disejukkan; 2. Br alat drpd tanah liat utk mendapatkan suling; menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dll) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan: di negeri Arab, air minum disuling drpd air laut; sulingan cairan yg diperoleh dgn cara menyu­ling, suling; penyulingan perbuatan menyuling; ~ berperingkat (Kim) penyulingan utk meng­asingkan campuran cecair yg mempunyai pelbagai takat didih yg berbeza (dgn meng­gunakan turus pemeringkatan); ~ stim (Kim) penyulingan yg dilaksanakan dgn melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap utk meng­asingkannya drpd bahan yg tidak meruap; penyuling alat utk menyuling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : Mn kepala ke bawah dan kaki (buntut dll) ke atas, jungkir, tunggang; ~-daling = ~­paling tunggang-langgang, tunggang-balik; menyulingkan meletakkan kepala ke ba­wah dan kaki ke atas, membalikkan, men­jungkirkan, menunggangkan; tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : 1 sj alat bunyi-bunyian yg ditiup; seruling; serunai. 2 peluit pd kapal (kereta api dll). menyuling meniup suling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.ling] | سوليڠ

Definisi : , = sulingan benda cair atau cairan yg dihasilkan drpd wap sesuatu benda yg disejukkan: air ~ air yg dihasilkan drpd wap yg disejukkan. menyuling menukar cecair menjadi wap dgn cara memanaskannya dan kemudian menyejukkannya men­jadi cairan semula (digunakan utk memisahkan campuran cecair yg berlainan takat suhu didihnya dll). penyulingan proses atau perbuatan menyuling. ~ berperingkat ist penyu­lingan utk mengasingkan campuran cecair yg mempunyai takat didih yg berbeza dgn menggunakan radas yg khusus (ini ialah kaedah asas dlm penghasilan petroleum drpd minyak tanah). ~ stim ist penyulingan utk mengasingkan campuran pepejal atau cecair mudah meruap drpd bahan yg tidak meruap, dgn cara melalukan stim menerusi campuran tsb (biasanya digunakan dlm pembuatan minyak wangi). penyuling alat yg digunakan utk menyuling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suling


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada mulut. Dalam kalangan kaum Kadazandusun dari Tambunan, suling ini dikenali sebagai turali. Di Semenanjung Malay­sia kebanyakan alat flut dikenali sebagai suling yang ditiup pada pangkalnya. Suling tersebut merupakan flut jenis wisel atau rekorder, (iii) flut yang ditiup pada pangkalnya melalui udara daripada hidung. Flut hidung ini dikenali sebagai turali di seluruh daerah Dusun di Sabah, sementara dalam kalangan kaum Kadazan di Tambunan, alat muzik ini dikenali sebagai turahi. Kaum Kadazan di Penampang, Sabah pula menama-kan flut hidung sebagai tuahi. Rut hidung iiu" dikenali sebagai selengut atau selingut oleh Orang Ulu di Sarawak, dan pensol oleh suku kaum Temiar di Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini menghasilkan melodi sebagai hiburan. Sinonim kesuling, sending. Lihat juga nabat, siloy, begut, selengut, turali.

distilsulingKejuruteraanTiadaTiada
distilsulingPerhutananTiadaTiada
distilsulingPerubatanTiadaMengewapkan sesuatu bahan dan kemudian mengkondensasikan bahan yang terwap itu, dengan tujuan untuk menulenkan atau memisahkannya.
distilsulingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rerunningsuling ulangKejuruteraanTiadaPenyulingan minyak yang telah disuling.
stillturus sulingKejuruteraanTiadaTuras tertutup untuk proses penyulingan.
shell stillsuling kelompangKejuruteraanTiadaTurus sulingan komersial yang mendapatkan sumber haba dari luar.
pressure stillsuling tekanKejuruteraanTiadaTurus sulingan yang beroperasi di bawah tekanan melebihi atmosfera.
distilling flaskkelalang sulingKimiaTiadaKelalang berbentuk bulat bawahnya untuk menyimpan cecair yang akan disuling.
123456

Kembali ke atas