jig saw | gergaji jig | Kejuruteraan | Tiada | Alat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit. |
jig saw | gergaji jig | Kesenian | Tiada | Alat yang bilahnya sempit dan sesuai untuk memotong lengkung dan garisan yang sulit-sulit. |
secret ballot | undi sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit. |
classified material | bahan sulit | Perpustakaan | Tiada | Memoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit. |
clandestine | sulit | Sejarah | Tiada | 1. Sulit: Sesuatu yang bersifat rahsia dan dilakukan secara diam-diam. |
private and confidential | sulit dan peribadi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perkara sulit dan peribadi mengenai seseorang yang disimpan di dalam bentuk dokumen di dalam fail. |
confidential file | fail sulit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fail yang mengandungi perkara sulit yang dikendalikan oleh orang yang dikhaskan. |
confidential stenographer | jurutrengkas sulit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jurutrengkas yang bertanggungjawab dalam hal-hal jabatan terutama hal-hal yang sulit. |
conspiracy | pakatan sulit | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persetujuan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, sama ada dalam bentuk jenayah atau tort, ataupun untuk melakukan sesuatu perbuatan melalui cara-cara yang salah, sama ada ia dilakukan atau tidak. Pakatan sulit merupakan satu tort apabila pihak yang tercedera berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, pakatan sulit untuk melakukan sesuatu jenayah merupakan satu jenayah. Sinonim konspirasi. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |