Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lit] | سوليت

Definisi : 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lit] | سوليت

Definisi : 1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; ter­sembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang di­temui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,

Peribahasa

Berkelahi dalam kepuk.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera.Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau ob­jektif.Istilah05.08.2016
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama.Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia.Tatabahasa27.09.2012
Apakah yang di maksudkan dengan HUBUNGAN SULIT.Hubungan atau pertalian yang dilakukan bukan secara terang-terangan tanpa pengetahuan orang lain.Makna04.03.2010
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN "Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.  Tatabahasa14.10.2009
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3.Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain19.07.2010
Saya ingin mendapatkan definasi rasmi mengenai istilah 'Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Edaran Terhad' yang sering digunakan di dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.Sila rujuk maklumat tersebut dalam Arahan Pentadbiran dan Keselamatan.Makna26.07.2007
Translation Private and Confidential dalam Bahasa MalaysiaPrivate and Confidential diterjemahkan kepada Sulit dan Peribadi.Penyemakan dan penterjemahan15.01.2015
Adakah terjemahan bagi ungkapan "Tough Love" dalam bahasa Melayu "cinta sukar"? Bolehkah saya gunakan "Kasih sayang yang sulit" sebagai terjemahannya? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

tough love - cinta tegar

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.12.2021
Salam sejahtera. Istilah "data breach" merujuk kepada kejadian pencabulan keselamatan yang dalamnya data yang sensitif, terlindung atau sulit disalin, dihantar, dilihat, dicuri atau digunakan oleh seseorang tanpa izin. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "data breach" - kebocoran data atau pelanggaran data atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

data breach - pencerobohan data

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain11.10.2021
apakah itu kata mudah dan apakah itu kata kompleks?Mudah ialah senang/tidak sukar, manakala kompleks pula ialah rumit,sulit(tidak mudah atau jelas). Keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.01.2010
1234

Kembali ke atas