Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sul.tan]/[sul.tan] | سلطان

Definisi : Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); kesultanan 1. kawasan (wilayah) yg dipe­rintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau peme­rintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sul.tan]/[sul.tan] | سلطان

Definisi : raja yg memerintah: ~ Pahang. kesultanan 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sultan

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMANSULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar.  Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832.  Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar.  Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan.  Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut.  Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDULLAH

Sultan Abdullah ( ? – ? ) ialah Sultan Perak yang ke-

26 (1874–1877). Baginda dilantik sebagai Sultan Perak

menggantikan Sultan Ismail hasil daripada Perjanjian

Pangkor pada tahun 1874. Sebelum itu baginda dilantik

sebagai Raja Muda menggantikan ayahandanya yang

mangkat pada tahun 1865. Sultan Abdullah adalah

putera Sultan Jaafar Muazzam Syah yang memerintah

Perak dari tahun 1857 hingga tahun 1865.

UMUM 
SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD

SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD (  ?  - 1832), Sultan Johor (1812 – 1832).  Baginda juga dikenali dengan nama Tengku Jumat atau Komeng.  Baginda ialah putera kepada Sultan Mahmud Syah (m.m. 1761 – 1812) dengan wanita Bugis, Che Mariam binti Bandar Hasan.  Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada 12 Januari 1812 menggantikan ayahandanya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL

Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– )

ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang

kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ).

Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan

ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981.

UMUM 
SULTAN ISMAIL PETRA

Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan

Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera

tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan

Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada

29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur,

baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan

yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota

Bharu.

UMUM 
SULTAN MAHMUD SYAH

Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor

terakhir daripada jurai keturunan Iskandar

Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan

Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan

Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya.

UMUM 
SULTAN AHMAD SHAH

Sultan Ahmad Shah (1930– ) ialah Sultan

Pahang Darul Makmur yang kelima (1974– ).

Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah

al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Ri’ayatuddin al-Muadzam Shah.

UMUM 
SULTAN MUHAMMAD SYAHSULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka.  Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa.  Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak.  Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah.  Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ALI ISKANDAR SYAHSULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN

Sultan ialah gelaran penghormatan yang diberikan

kepada raja dan pemerintahan Islam. Perkataan sultan

bermakna berdaulat, tetapi pada zaman dahulu ia

bermakna seseorang yang tegas dan amat berkuasa.

Gelaran tersebut telah digunakan sejak kira-kira tahun

900. Pemerintah Empayar Uthmaniyyah dikenali

sebagai sultan. Ramai sultan yang memiliki kekayaan,

tetapi kini beberapa orang sahaja yang mempunyai

kuasa seperti raja pada zaman dahulu.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas