Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.luh] | سولوه

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk mene­rangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) seba­gai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menye­lidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang ber­gerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengin­tip, mengintai, dll), pengintaian, penyeli­dikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rah­sia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : ; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar montek (serepat), Urceola torulosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : 1 benda (spt daun kelapa ke­ring yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. me­nyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suluh
Bersinonim dengan obor, jamung, suar, sigi, folok, karak, karuk, manjung, pedamaran, dila, lakai-lakai;,
Kata Terbitan : menyuluhi, penyuluhan, penyuluh,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Siar bakar berpuntung suluh.

Bermaksud :

Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
torch3. (fig.) st that gives enlightenment, guidance, etc, suluh, obor: the ~ of knowledge, suluh pengetahuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torchlightn lampu /suluh, picit/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torchbearer2. one who leads or inspires, pembawa /suluh, obor/: a ~ of liberty, pembawa obor kebebasan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
torchn 1. portable light powered by a battery, lampu /suluh, picit/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bugger~ /it, you /, (sl) celaka: ~ it! I’ve dropped the torch again, celaka! Lampu suluh jatuh sekali lagi; ~ me, (expressing surprise) masya-Allah: ~ me! I’ve never seen such an ugly woman, masya-Allah! Belum pernah saya melihat wanita sehodoh itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flashlightn 1. (photog) lampu /denyar, kilat/; 2. (US) torch, lampu suluh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beamn 1. horizontal structural support, a. (of floor) rasuk; b. (of roof) alang (bumbung); c. (of bridge) galang (jambatan); d. (in ship) pelancar; 2. cylindrical roller in loom, gelendong, kumparan; 3. main timber of plough, kayu /bajak, tenggala/; 4. bar of balance, batang (dacing); 5. breadth of ship, lebar kapal, lebar(nya); 6. ray, column (of light) pancaran, sinaran, sorotan: a ~ of light, pancaran cahaya; to lower the ~ of the headlights, merendahkan pancaran lampu besar (kereta); high ~, /suluh, sinar/ tinggi; /suluh, sinar/ rendah; 7. radio signal, alur radio; 8. radiant smile, senyum(an) yg berseri-seri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play(st) in certain direction, a. (hose etc) menghalakan [sst] dan memancut-mancutkan air: they ~ed their hoses over the burning boat, mereka menghalakan hos dan memancut-mancutkan air ke kapal yg sedang terbakar itu; b. (light etc) menyuluh-nyuluh: the guard ~ed the torch around the yard, pengawal itu menyuluh-nyuluh kawasan tersebut dgn lampu suluh; 13. speculate, gamble, a. (on stock-market) bermain saham: he made a lot of money by ~ing the stock-market, dia mendapat wang yg banyak dgn bermain saham; b. (at the casino etc) berjudi di;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
brandn 1. trademark, jenama; 2. make of product with such a mark, jenis, [sometimes not translated]; (of product that bears a chop, esp in the Far East) cap: what ~ of soap do you use?, sabun (jenis) apa yg anda gunakan?; 3. special kind, jenis: I don’t like his ~ of humour, saya tdk suka akan jenis jenakanya; 4. identifying mark made by hot iron, tanda selar; 5. iron used to produce such mark, besi penyelar; 6. mark of disgrace, stigma, tanda: he bore the ~ of a coward, ada tanda seorang pengecut pd dirinya; 7. burning or burnt stick, puntung /api, kayu/; 8. (poet.) a. torch, suluh; b. sword, pedang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas