Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.luh] | سولوه

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk menerangi (daun kelapa kering yg dibakar dll), jamung, obor: di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip; lampu ~ sj lampu yg menggunakan bateri, lampu picit; 2. = penyuluh sl orang yg mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik; bersuluh menggunakan suluh (utk mene­rangi): sudah terang lagi ~; bersuluhkan menggunakan (sesuatu) seba­gai suluh; ~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah); bagai ~ tengah hari prb a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yg sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum); b) mensia-siakan wang (tenaga dll); bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari prb sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dll); menyuluh, menyuluhi 1. menerangi dgn suluh: sinar neon yg benderang ~ sekitar bandar raya itu; di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil utk ~ jalan keluar; 2. mencari ikan (berburu dll) dgn suluh: ~ burung; 3. mencari-cari rahsia (keterangan dll), menye­lidiki, merisik: kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yg dikatakan sedang ber­gerak ke utara Tanah Melayu; 4. ki menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk: ~ manusia supaya mengikuti jalan yg benar; penyuluhan 1. perihal menyuluh (mengin­tip, mengintai, dll), pengintaian, penyeli­dikan; 2. ki penerangan; penyuluh 1. orang yg tugasnya mencari rah­sia, pengintip, perisik, suluh: ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh; 2. ki pemberi penerangan (petunjuk dll): ibu memberi pelajaran utk ~ kehidupanmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : ; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar montek (serepat), Urceola torulosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.luh] | سولوه

Definisi : 1 benda (spt daun kelapa ke­ring yg dibakar) yg digunakan utk menerangi; obor: lampu ~ lampu yg menggunakan bateri; lampu picit. 2 = penyuluh orang yg tugasnya mencari rahsia; perisik. bersuluh menggunakan suluh: Sudah terang lagi ~. bersuluhkan menggunakan sesuatu sbg suluh. me­nyuluh 1 menerangkan sesuatu (dgn suluh): Kami menggunakan lampu picit utk ~ jalan. 2 mencari sesuatu dgn menggunakan suluh: ~ ikan (lebah) mencari ikan (lebah) pd waktu malam dgn menggunakan suluh. 3 berusaha utk mencari rahsia atau keterangan ttg sesuatu; menyelidik; merisik: Beberapa orang kepercayaannya disuruh ~ keadaan musuh. menyuluhkan menghalakan cahaya lampu dsb pd: ~ lampu ke arah cermin. penyuluhan 1 hal atau perbuatan menyuluh. 2 penyelidikan; pengintipan. penyuluh 1 orang yg menyuluh. 2 pengintip; perisik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suluh
Bersinonim dengan obor, jamung, suar, sigi, folok, karak, karuk, manjung, pedamaran, dila, lakai-lakai;,
Kata Terbitan : menyuluhi, penyuluhan, penyuluh,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Siar bakar berpuntung suluh.

Bermaksud :

Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka membuat rondaan. Mereka membawa lampu suluh. Tolong jadikan ayat di atas menjadi ayat majmuk. Saya tidak tahu kata hubung apa yang boleh digunakan. Terima kasih...Kata hubung yang sesuai ialah dan.

Mereka membuat rondaan dan membawa lampu suluh.
Tatabahasa01.04.2013
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsanSaudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah  untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb..  Lain-lain26.01.2009
Salam sejahtera, Adakah 'dash lights' atau 'dashboard light' sesuai diterjemahkan kepada 'lampu suluh' atau 'lampu pemuka'? Benda ini terletak pada kenderaan. Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah lampu papan pemuka.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan19.09.2019
Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih.

Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya:

a)    Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha.
       (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha)

b)   
Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik.
              (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik)

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut:

            a)    Cair di dalam mulut.
            b)    Suluh untuk melihat di dalam telinga.
            c)    Ulser di dalam perut. 

Lain-lain25.06.2022
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008
APAKAH MAKSUD JAMUNG,JURAGAN,DATI KELOPAK MATA,BEBATKAN,& MENYEMARAKKAN TEMBANG. 2.) TETESAN ATAU TITISAN.

1) Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, jamung ialah andang atau suluh manakal juragan ialah nakhoda.  Walau bagaimanapun soalan "bebatkan & menyemarakkan tembang" tidak jelas.

2) Ejaan yang betul ialah titisan.

Untuk makluman saudara, perkhidmatan Khidmat Nasihat DBP tidak merangkumi pertandingan Teka Silang Kata atau apa-apa bentuk pertandingan. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam laman web DBP.

Makna01.06.2009
Perkataan toclait adalah bahasa pasar dan terdapat dalam kamus dewan. Adakah sudah diterima sebagai bahasa melayu baku? Terima kasihPadanan torch dalam bahasa Melayu ialah Lampu suluh atau Lampu picit. Toclait ialah bahasa percakapan yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. Ejaan19.10.2011
Sama erti / makna - Oneng-oneng, berbarau, berbotok, cecawi, cecekak, dedalu, dedamak, dedaru, dedaup, memaya, tetuban.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. oneng-oneng -  anak piut (ke­tu­runan yg kelima)
2. berbarau - nama sejenis burung, Pycnonotus zeylanicus
3. berbotok - perkataan "berbotok" tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah bebotok yang bermaksud sejenis lauk ikan yang dirempahi, dibungkus dengan daun, dan dikukus.
4. cecawi - beberapa jenis burung, Dicrurus spp.
5. cecekak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami
6. dedalu - 1. sejenis tumbuhan (pokok), dalu; 2. sejenis tumbuhan (pokok), Salix tetras­perma;
7. dedamak - perkataan ini tidak ada dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah dedamak bulu, dedamak asam, dedamak air yang merujuk kepada jenis tumbuhan
8. dedaru - sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ica­cinaceae, kayunya sesuai dibuat perabot, papan lantai, dll, samala (di Sabah), Cantleya corniculata.
9. dedaup - 1. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar jambul merak, akar suluh, Bauhinia cornifolis; 2. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kangkatuk, kempaga, Bauhinia flammifera; 3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, katup-katup, Bauhinia bidentata.
10. memaya - sejenis tumbuhan (pokok), Homa-lanthus populneus.
11. tetuban - selaput pembungkus janin (dalam kandungan) dan tembuni
Makna02.04.2014
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas