Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.ba.ngan] | سومبڠن

Definisi : 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: maha­siswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah mem­beri ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.ba.ngan] | سومبڠن

Definisi : apa-apa yg diberikan sbg bantuan atau sbg sokongan; pertolongan: Apakah ~ saudara kpd masyarakat sejak saudara lulus dr universiti? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbang2
Kata Terbitan : menyumbang, menyumbangkan, sumbangan, penyumbang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH SUMBANGAN-SUMBANGAN ZABA TERHADAP BAHASA MELAYUNama Za'ba terukir dalam sejarah persuratan dan kebudayaan Melayu baharu sebagai tokoh bahasa, sastera ekonomi,agama dan juga politik. Dalam bidang bahasa, jasanya cukup besar sebagai Bapa Tatabahasa Melayu di Malaysia dengan karya besarnya Pelita Bahasa Mealyu, di samping karyanya tentang sistem ejaan jawi dan Rumi serta retorik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2012
Apakah peranan DBP dalam memperkembangkan bahasa Melayu ? Apakah sumbangan-sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu sejak penubuhannya ?Soalan sdr ini berbentuk tugasan yang diberikan oleh Pensyarah atau guru. Untuk makluman sdr. perkhidmatan KNDBP tidak menyelesaikan tugasan para pelajar. Hal ini bererti soalan sdr tidak termasuk dalam skop perkhidmatan ini. Akan tetapi, sdr dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik.Akan tetapi, sdr dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh sdr rujuk.Lain-lain05.05.2008
Salam Pihak DBP. Saya ingin tahu akan sejarah DBP. Bagaimana ia ditubuhkan dan apakah sumbangan-sumbangan yang terbesar ataupun yang telah memberi impak yang kuat kepada masyarakat yang berbahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Sila layari laman web www.dbp.gov.my, pelbagai maklumat tentang DBP ada dimuatkan dalam laman tersebut. Untuk makluman puan, sumbangan DBP dalam bidang termasuklah bahasa, sastera, penerbitan dan budaya bermula semenjak awal penubuhan. Dalam ruang yang terhad ini sedikit maklumat dapat diberikan, contohnya, sumbangan DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah diterbitkan. Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lain-lain04.10.2015
ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;

Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL.

Makna01.11.2008
Tuan, adakah ayat ini betul. "Teruskan sumbangan anda". Ayat untuk menggalakkan orang untuk terus memberi sumbangan. Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.Sumbangan bermaksud bantuan atau sokongan yang diberikan. Frasa yang gramatis, Teruskan memberi sumbangan ...Tatabahasa17.11.2011
sumbangan Za'aba atau nama penuh beliau Zainal Abidin Ahmad dalam ilmu linguistik Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pendeta Za'ba dalam Kenangan dan Pelita Bahasa Melayu, Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lain-lain15.12.2009
sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan bahasa melayuDalam pembinaan bahasa Melayu DBP bertanggungjawab antaranya membentuk dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang, menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, mengusahakan pelbagai kamus, mengusahakan buku tatabahasa bahasa Melayu dan membina pangkalan data korpus bahasa Melayu melalui pelbagai kajian dan penyelidikan . Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. Lain-lain24.07.2008
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu

Sila rujuk bahan ini :

Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994

Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996

Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000

Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005

Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995

Lain-lain07.05.2008
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGISila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989Lain-lain17.09.2007
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini?Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain28.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas