Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sumpah yg bersalahan dgn kebenaran; bersumpah bohong berbohong setelah me­ngangkat sumpah utk memberikan keterangan yg benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPAH BOHONG

Sumpah bohong ialah jenayah apabila

seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk

bercakap benar dalam mahkamah undang-undang

atau dalam prosiding pentadbiran atau

perundangan, tetapi kemudian secara sengaja

berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong

dianggap sumpah bohong hanya apabila ia

mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu

yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau

badan perundangan. Penyataan silap yang tidak

disengajakan tidak dianggap sumpah bohong.

UMUM 
OATES, TITUS

Oates, Titus ( 1649–1705) ialah pelampau

Protestan Inggeris. Pada tahun 1678, Oates mereka

cerita tentang rancangan orang Katolik Roman

untuk membunuh Raja Charles II dan menghancurkan

Protestanisme. Oates mengakui bahawa dia

mengetahui konspirasi yang dikenali sebagai Plot

Popish , yang dirancang, katanya, oleh sekumpulan

paderi Jesuit. Oates menjadi wira kerana

mendedahkan rancangan sedemikian, dan ramai

orang Katolik ditangkap dan sesetengahnya

dibunuh. Tetapi, pada tahun 1685, dia telah

didakwa kerana membuat sumpah bohong, dan

telah dikenakan denda serta dipenjara. William III

membebaskan Oates pada tahun 1689 dan

memberinya pencen. Oates lahir di Oakham,

England, di kaunti yang kini dikenali sebagai

Leicestershire.

UMUM 

Kembali ke atas