Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sumpah yg bersalahan dgn kebenaran; bersumpah bohong berbohong setelah me­ngangkat sumpah utk memberikan keterangan yg benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sumpah palsusumpah bohong;Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah bohongsumpah yg bersalahan dgn kebenaran; bersumpah bohong berbohong setelah me­ngangkat sumpah utk memberikan keterangan yg benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
dimakan sumpahmenderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong;Kamus Dewan Edisi Keempat
makan sumpaha) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong;Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah I1. pengakuan yg dibuat (dgn ber­saksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani men­derita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyem­belih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata­-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, “Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta”; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata­-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan mem­buat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. mem­buat sesuatu kenyataan dgn sumpah, ber­sumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.Kamus Dewan Edisi Keempat
melanggar1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong;Kamus Dewan Edisi Keempat
langgar Ilaga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-­undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) ber­langgar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (me­nyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir ter­hadap orang Islam itu telah dapat dipatah­kan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersumpah bohongberbohong setelah me­ngangkat sumpah utk memberikan keterangan yg benar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas