Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.pah.sum.pah] | سومڤه٢

Definisi : sj binatang kecil yg seakan-akan cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling, Calotes crista­tellus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pah.sum.pah] | سومڤه٢

Definisi : sj binatang spt mengkarung yg dpt terbang dan sangat berbisa, Calotes cristatellus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpah-sumpah

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hidup tidak kerana doa,
     mati tidak kerana sumpah.

Bermaksud :

Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul.Hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Tuhan. kaul = nazar, niat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah.Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas