Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : 1. = sumpitan alat yg merupakan pembuluh (drpd buluh dll) utk melepaskan damak dgn meniup, temiang; 2. alat (yg berupa pembuluh drpd kaca dll) yg berlubang halus utk memancutkan air dgn kuat; menyumpit meniup sumpitan utk mele­paskan damak, melepaskan damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melom­pat dr dahan ke dahan habis disumpitnya; sumpitan sumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; penyumpit orang yg menyumpit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : ; ikan ~ = sumpit-sumpit 1. sj ikan laut, Toxotes jacula; 2. sj ikan darat, Toxotes jaculatrix. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : sj karung yg dianyam drpd mengkuang dll (bekas beras dll): bukunya sudah dimasukkan ke dlm ~ mengkuang; menegakkan ~ tak berisi prb a) orang bodoh (miskin) yg berlagak pandai (kaya); b) per­buatan yg sia-sia sahaja; spt ~ (abu) ditegakkan = bagai ~ dihentakkan prb ejekan utk orang yg gemuk dan lembam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : , = sumpitan 1 alat yg dibuat drpd buluh dll dan digunakan utk melepaskan damak dgn cara menghembusnya kuat-kuat; temiang. 2 alat yg digunakan utk memancutkan air dgn kuat. menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak; me­lepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : , = sumpit-sumpit karung yg dibuat drpd mengkuang dsb utk bekas beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpit

Puisi
 

Sedang keranjang lagi tak penuh,
     Kononkan sumpit nak diisi;
Turun dijenjang lagi mengeluh,
     Kononkan bukit kan didaki.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Bermaksud :

Orang yang gemuk dan lembam.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan tatabahasa ayat berikut: Sumpit adalah senjata memburu utama masyarakat Orang asli yang diperbuat daripada buluh beruas panjang. Buluh Sewor atau buluh sumpitan yang nama saintifiknya Bambusa wrayi digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa wrayi bersempena nama Kurator Muzium Perak iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies ini pada tahun 1893. Buluh ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran daerah Selama, Perak.Ayat yang betul ialah Sumpit merupakan senjata utama untuk memburu oleh masyarakat orang asli. Sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang. Buluh Sewor atau Buluh Sumpitan (nama saintifiknya Bambusa Wray) digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas yang panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa Wray bersempena dengan nama Kurator Muzium Perak, iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies buluh ini di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran dengan Daerah Selama, Perak pada tahun 1893. Tatabahasa18.03.2021

Kembali ke atas