Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : 1. = sumpitan alat yg merupakan pembuluh (drpd buluh dll) utk melepaskan damak dgn meniup, temiang; 2. alat (yg berupa pembuluh drpd kaca dll) yg berlubang halus utk memancutkan air dgn kuat; menyumpit meniup sumpitan utk mele­paskan damak, melepaskan damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melom­pat dr dahan ke dahan habis disumpitnya; sumpitan sumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; penyumpit orang yg menyumpit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : ; ikan ~ = sumpit-sumpit 1. sj ikan laut, Toxotes jacula; 2. sj ikan darat, Toxotes jaculatrix. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : sj karung yg dianyam drpd mengkuang dll (bekas beras dll): bukunya sudah dimasukkan ke dlm ~ mengkuang; menegakkan ~ tak berisi prb a) orang bodoh (miskin) yg berlagak pandai (kaya); b) per­buatan yg sia-sia sahaja; spt ~ (abu) ditegakkan = bagai ~ dihentakkan prb ejekan utk orang yg gemuk dan lembam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : , = sumpitan 1 alat yg dibuat drpd buluh dll dan digunakan utk melepaskan damak dgn cara menghembusnya kuat-kuat; temiang. 2 alat yg digunakan utk memancutkan air dgn kuat. menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak; me­lepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.pit] | سومڤيت

Definisi : , = sumpit-sumpit karung yg dibuat drpd mengkuang dsb utk bekas beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpit

Puisi
 

Sedang keranjang lagi tak penuh,
     Kononkan sumpit nak diisi;
Turun dijenjang lagi mengeluh,
     Kononkan bukit kan didaki.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Bermaksud :

Orang yang gemuk dan lembam.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sumpitsumpitKesenianTiadaBekas daripada pandan atau mengkuang yang beranyam gadas atau berkelarai dan digunakan sebagai beg kepit, bekas mengisi tembakau, sirih dan sebagainya.
sumpit pasarsumpit pasarKesenianTiadaSumpit yang bahagian atas mengecil dan mengapuh atau bercantum dua, beranyam gadas dan digunakan sebagai bekas keperluan pasar dan sebagainya.
adjugatesumpit keluarKejuruteraanTiadaTiada
monitor labourerpekerja sumpit lombongKejuruteraanTiadaTiada
bujambujamKesenianTiadaBakul kandung daripada mengkuang, berbentuk sumpit, lazimnya bertekat benang emas dan digunakan untuk mengisi peralatan sirih pinang.
ketumbuketumbuKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, berbentuk sumpit, bertutup sarung, beranyam gadas, berkelarai, dan digunakan untuk mengisi tembakau, rokok pucuk, dompet duit dan sebagainya.
pundi-pundipundi-pundiKesenianTiadaBakul kandung daripada pandan atau mengkuang, berbentuk seperti sumpit bersegi empat, berbucu empat, bertangkai dan beranyam gadas dan kegunaannya serba guna.
selipik (Ib.)selipik (Ib.)KesenianTiadaBakul sangkut kecil daripada rotan yang nipis dan beranyam kasar dan rapat, berbentuk sumpit dan digunakan untuk menyimpan bahan makanan kering dan lain-lain.
silipi (Bid.)silipi( Bid.)KesenianTiadaBakul sangkut kecil daripada rotan yang nipis dan beranyam kasar dan rapat, berbentuk sumpit dan digunakan untuk menyimpan bahan makanan kering dan lain-lain.
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.

Kembali ke atas